This is a nice opportunity for you to show off your work using this amazing, clean and minimalistic template for blogger!

Monday, August 23, 2010

MAHASISWA & POLITIK

Benarkanlah mahasiswa berpolitik, apa yang hendak ditakutkan mahasiswa berpolitik. Adakah kerana  takut mahasiswa tidak menyokong Umno? Itu hanya andaian sahaja. Bukankah mahasiswa seorang yang cerdik, kalau bodoh mereka tidak masuk ke universiti. Mereka adalah manusia terpilih dari kalangan 26 juta rakyat di Malaysia. Biarkanlah mereka berpolitik.
Alasan Tan Sri Ibrahim Abu Shah (bekas mantan Naib Canselor UITM) seorang pengampu tegar Umno , takut ganggu pelajaran. Ini alasan yang tidak berpijak kepada kebenaran. Berapa ramai pelajar yang tidak terlibat dalam persatuan dan tidak memperdulikan sekeliling mereka, tetapi kecundang dalam pelajaran. Malahan ramai di kalangan mereka yang hidup berpoya-poya  dan gila dengan budaya hidonisme, akhirnya gagal dalam pelajaran. Tidak dengar pula rungutan daripada pihak universiti bising dalam hal ini.
Kalau ada larangan pelajar  jangan terlibat dengan politik, ini hanya arahan untuk pelajar yang menyokong pembangkang, tidak kepada penyokong Umno. Begitulah juga amaran hanya diberi kepada pensyarah yang membantu pembangkang. Pihak universiti redha dengan pensyarah yang menjadi tali barut Umno di universiti. Sebenarnya Akta Universiti Kolej (AUKU) hanya untuk mereka yang menentang BN, bukan untuk pengampu umno.
Sekarang universiti sudah hilang daya intelektual, sepatutnya kampus bukan tempat untuk mencari pengaruh politik kepartian sempit. Biarkan mahasiswa berpolitik, biarkan mereka tegakkan idealisma mereka. Usah bimbang kepada kelantangan mahasiswa kerana itulah mahasiswa, tidak perlu takut kepada mereka.
Universti ialah sebagai proses pembelajaran, ia mesti berlaku bukan sahaja di dalam kelas. Sepatutnya pendedahan politik kepada mahasiswa adalah perlu kerana ia sebagai medan mengasah bakat kepimpinan pada masa akan datang. Banyak kepimpinan mahasiswa  telah melahirkan tokoh-tokoh politik di pihak pembangkang, kerajaan dan ahli akademik. Perkara ini tidak boleh di nafikan, kerana sejarah telah membuktikan  terserlahnya mereka dalam kepimpinan politik adalah hasil; perjuangan mereka di universiti melalui gelanggang  Majlis Perwakilan Pelajar dan juga kegiatan persatuan di universiti.
Tokoh-tokoh politik yang berada di persada politik tanah air kini samada berada di gelanggang kerajaan atau pembangkang seperti
Anwar Ibrahim (Universiti Malaya), Ibrahim Ali (ITM), Ustaz Halim Arshat, bekas Setiausaha Agung PAS (UKM), Fuad Hassan, bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor (UKM), Dr Fuad Zarkasyi (UM), Shabery Cheek (UM), Tajudin Abdul Rahman Ahli Parlimen Umno Pasir Salak (UM), Kamarul Zaman Yaakob (UM), Mohd Sabu (ITM), Dr Sanusi Osman (UM), Lutfi Othman (UTM), Saifudin Nasution (UPM), Ustaz Fadhlullah Shuaib (UKM), Ustaz Abu Bakar Chik (UKM). Inilah rekod sejarah kepimpinan mahasiswa yang banyak menyumbangkan kepada pembangunan politik dan intelektual di negara ini.
Pimpinan universiti jangan jadikan mahasiswa  pelajar sekolah yang masih beruniform tadika Kemas. Jangan lacurkan intelektual, sehingga  hilang wibawa dan daya kreatviti. Budaya mengampu inilah menyebabkan kita melihat gred universiti sudah turun  macam kelas dewasa tahun 60 an. Mereka hendak membudakkkan pelajar universiti supaya otak yang sama dengan mereka. Sedangkan pemimpin Umno selalu menyebut untuk menjadi universiti world class tetapi realitinya seperti Universiti  Jawatankuasa Kemajuan Kampung (UJKK).
Saya pernah menyebut dalam Forum di Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa yang terdiri daripada  Majlis Perwakilan Pelajar IPTA seluruh negara pada 16 Mei 2005 di Melaka yang dianjurkan oleh Biro Tata Negara. Majlis yang dipengerusikan oleh Dr Junaidi Abu Bakar yang dulunya pernah bertanding atas tiket Islam Penyelamat Ummah (IPU) di UKM, sekarang telah menjadi orang kuat Umno. Saya memberi tahu kepada majlis, kerana waktu itu  ada Timbalan Naib Canselor HEP. Jangan bimbanglah dengan pergerakan pelajar. Kerana ramai di kalangan pimpinan pelajar yang kecundang dalam dakapan pangkat dan wang. Sekadar saya menyebut beberapa nama dahulu merupakan golongan yang anti Umno seperti Dr Fuad Zarkashi daripada PMUM sekarang Timbalan Menteri Pelajaran dan Ketua Bahagian Umno Batu Pahat, Datuk Shabery Cheek, Presiden PMUM sekarang Menteri Belia Dan Sukan,  Datuk Zaidi Mohd Zin bekas Timbalan Presiden PMUM, sekarang  Umno bahagian Serdang, Johan Che Pa Timbalan Presiden PMUM sekarang Naib Ketua Bahagian Umno Pasir Mas, Abdul Rahman Shaik, Timbalan Presiden PMUPM sekarang AJK Bahagian Teluk Intan, Ismail Said Ahli Parlimen Kuala Krau, Pahang, bekas speaker PMUKM sesi 87/88 zaman saya menjadi presiden PMUKM. Oleh itu pihak universiti biarkan mereka berpolitik secara sihat di atas padang yang rata. Jangan ganggu mereka. Pilihan politik mereka adalah hak mereka, mahasiswa adalah orang cerdik, mereka tidak boleh diperalatkan oleh mana-mana pihak.
Saya ucap tahniah kepada Datuk Saifudin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang memperjuangkan supaya mahasiwa dibenarkan berpolitik. Walaupun cadangan ini ditolak oleh kabinet pada 10 Ogos 2010, sekurang-kurangnya beliau telah membawa aspirasi beliau sebagai bekas pimpinan pelajar di Universiti Malaya satu ketika dahulu.
Kabinet tolak kerana mereka bimbang ia akan memberi kesan yang buruk kepada perjuangan Umno pada masa akan datang. Pemimpin BN dengan penuh tawaduk tahu, sekarang zaman rakyat tidak mahu kepada Umno. Mereka yang menyokong Umno hanya terdiri dari kalangan mereka yang buta maklumat dan yang ada kepentingan projek, itu pun hanya Umno projek, bukan Umno ideologi. Kabinet tahu ketika pelajar tidak dibenarkan terlibat dalam politik sekarang, Umno ditolak di universti apabila calon proksi Umno ditolak setiap kali pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar.  Umno terpaksa bertungkus lumus dengan membuat macam-macam cara supaya proksi mereka menang melalui orang suruhan yang menjadi abdi mereka di universiti.
Walaupun tindakan jahat mereka lakukan, namun mereka tetap gagal dalam setiap kali pilihanraya kampus. Maka sekarang mereka mengubah sistem dan peraturan rimba untuk menang dalam pilihan raya seperti dikenakan deposit, ada temuduga, tidak dibenarkan berkempen dan mencetak poster. Mereka melawan bukan sebagai  anak jantan . Mungkin mereka belajar daripada bapa mereka Umno di luar kampus.
(source:rakyat marhaen)

Share/Bookmark

CERITA ORANG BESAR-BESAR


Gempar Seorang Ketua Bahagian Umno Terima Rasuah Sex?
Oleh Mohd Sayuti Omar
KALAU berjalan lancar, Umno Kelantan bakal dikejutkan satu berita besar yang memalukan seluruh parti Melayu berkenaan dan sekaligus mengaibkan juga Tok Empat Umno Kelantan, (ketua nUmno Kelantan) Mustapa Mohamed. Ceritanya ialah mengenai tindakan seorang ketua Umno bahagain yang dikatakan telah menerima rasuah sex dari seorang ahli wanita juga dari parti berkenaan.
Buat masa ini pihak yang sedang mengumpul maklumat mengenai kejadian itu sudah memperolehi lebih 90% bahan-bahan bukti untuk dibawa ke tengah termasuk kepada Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Antara bahan bukti ialah perbualan (SMS) di antara ketua bahagian berkenaan dengan wanita tersebut ketika melalukan rundingan rasuah berkenaan.
Maklumat lanjut sedang dikumpul. Wanita berkenaan juga dimaklumkan bersedia untuk diambil keterangan dan membuat pendedahan. Jika tidak ada aral melintang percakapan 'beramaran' dengan beliau akan dapat diikuti.
Dari sumber yang dipercayai, wanita berkenaan telah pun menyerahkan dirinya kepada ketua bahagian berkenaan di sebuah hotel. Gambar ketua bahagian berkenaan semasa di hotel juga sempat dirakam oleh wanita berkenaan.
Ceritanya begini; wanita Umno berkenaan telah memohon bantuan kewangan sejumlah RM10,000 dibawah skim sebuah institusi yang dikelolakan oleh kerajaan Barisan Nasional. Untuk mendapat bantuan ini biasalah, wanita berkenaan kena mendapat sokongan PPM - Pegawai Penyelia Mukim kemudian akan disahkan oleh Ketua Bahagian Umno.
Wanita berusia lebih 30an ini - anak dara tualah kiranya, memohon bantuan berkenaan untuk memulakan perniagaan. Dia telah melalui proses biasa. Tetapi selepas lama menanti kelulusannya dia menghubungi atau bertanya ketua bahagian berkenaan.
Ketua bahagian itu telah menjanjikan akan cuba membantunya dengan memberi syarat tertentu sedia untuk melakukan khidmat sex dengannya. Kerana yakin dan terpdaya wanita berkenaan sedia menurut kehendak ketua bahagian berkenaan.
Beberapa bulan selepas menunggu permohonan tetapi tidak diluluskan menyebabkan wanita berkenaan mulai bising. Untuk menutup rahsia itu dari tertedah ketua bahagian berkenaan telah membayar sebanyak RM600 kepada wanita berkenaan dan meminta agar ianya tidak dihebohkan sementara usaha mendapat bantuan RM10,000 itu diusahakan.
Semua rakaman berpcakapan dan SMS semasa 'rundingan dan tawar menaw' yang berlaku antara ketua bahagian dengan wanita berkenaan dan termasuknya jumlah pemkaluman pemberian wang sebanyak RM600 juga disimpan dalam bentuk SMS akan didedahkan wanita berkenaan.
Tunggu perkembangan lanjut. (source:justice for all)

Share/Bookmark

FENOMENA "SINDROM GILA BABI"




aku pon tak tau la kenapa ada sesetengah pihak ni fanatik sangat dengan babi nie..bodoh r..ape dah penuh ke tong sampah sampai nak buang kepala babi ni kat dalam tempat ibadat orang ISLAM..hormat r agama aku..

OMG!
Share/Bookmark

WEI TU BENDERA KAMI!!!




Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia di Jakarta telah dilempar najis manusia oleh penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) pada satu demonstrasi petang ini. 

Seorang daripada 37 penunjuk perasaan itu telah melemparkan najis itu ke dalam perkarangan kedutaan itu melepasi pintu pagar hadapan dan di atas kepala barisan anggota polis Indonesia yang sedang mengawal ketat di hadapan bangunan itu. 

Mereka turut melepaskan najis itu ke atas bendera Malaysia yang dipijak-pijak di atas jalan tempat mereka berkumpul di hadapan kedutaan itu. 



Kumpulan itu sebelumnya telah membawa lima bungkusan najis itu, ada yang diletakkan dalam kertas bungkusan makanan, dalam plastik dan dalam kotak polisterin dan dinyatakan sebagai "hadiah" untuk Duta Besar Malaysia ke Indonesia kerana Malaysia selama ini telah beberapa kali memberi "najis" yang lebih kotor kepada Indonesia. 

Dengan tiba-tiba seorang daripada mereka melempar bungkusan kertas berisi najis itu ke dalam pagar kedutaan itu dan pada masa yang sama, najis turut dilepaskan ke atas bendera Malaysia yang mereka sedang pijak itu. 

Demonstrasi itu diadakan bagi menandakan kemarahan mereka terhadap Malaysia yang mereka dakwa telah merendahkan maruah Indonesia dalam insiden di perairan Bintan pada 13 Ogos lalu apabila polis Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia. 

Ia juga untuk menyatakan kekecewaan rakyat terhadap kepemimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, yang dikatakan sangat lemah menghadapi Malaysia. 

Berikutan kejadian lempar najis itu polis Indonesia menangkap tiga orang pelaku berkenaan. 

Demonstrasi itu berlangsung selama sejam. 

Seorang wakil kumpulan itu kemudian memberitahu wartawan yang meliputi peristiwa itu bahawa mereka telah memberi kata dua kepada polis Indonesia iaitu lepaskan rakan-rakan mereka itu daripada tahanan atau mereka akan melakukan operasi usir rakyat Malaysia petang ini. 

Operasi yang dinamakan "Sweeping Rakyat Malaysia" itu dirancang akan dilakukan di hadapan bangunan kumpulan itu di Jalan Diponegoro, Menteng, di Jakarta. 

Polis Indonesia telah menugaskan ramai anggota untuk mengawal ketat di hadapan bangunan kedutaan Malaysia, setelah mendapat maklumat bahawa demonstrasi berkenaan akan disertai antara 300 dan 500 penunjuk perasaan. 

Dalam insiden di perairan Malaysia-Indonesia itu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai pengkuatkuasa kementerian dari Indonesia itu, masing-masing kerana didakwa menceroboh wilayah masing-masing. 

Kedua-dua negara kemudian membebaskan tahanan-tahanan itu pada 17 Ogos lalu.
(source:Bernama)

 
 WTF!

Share/Bookmark

BUDAYA PEMALAS SANG TUKANG CAT

la ni..semenjak dua menjak nie..aku tengok bnyk media melaporkan kes tukang-tukang cat yang dah tak amanah..dah malas nak wat kerja..dah tak adil..tak bertanggungjawab..dah malas nak cat betol2..men simbah2 je kan..mybe nk wat abstrak kot..or mybe banyak sangat TENDER dari pihak tertentu.. FROM THE VIEW OF MINE 






Sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban telah disimbah dengan cat merah awal pagi ini.

Cat merah itu disimbah pada bahagian belakang surau tersebut.

Kejadian itu disedari oleh jawatankuasa surau tersebut pagi ini dan kemudiannya membuat laporan polis.

Surau tersebut baru beberapa minggu digunakan dan belum berpagar.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang juga ADUN Lobak, Anthony Loke pergi ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenainya.

Beliau ke situ bersama ADUN Temiang Ng Chin Tsai dan dan ADUN PKR Sikamat, Aminuddin Harun.

Menurut Anthoy, serpihan botol arak yang dipercayai diguna untuk mengisi cat merah ditemui di situ.

Difahamkan, surau tersebut baru siap dibina kira-kira sebulan yang lalu.
Menurut Anthony lagi, polis telah pergi ke tempat kejadian untuk menyiasat dan mengambil kenyataan daripada jawatankuasa surau berkenaan.
Tin cat ditemui
Manakala Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Negeri Sembilan, ACP Zaki Masroh pula berkata, polis menemui satu tin cat dan dua penutup tin cat.

Oleh itu, beliau berkata, polis percaya dua tin cat telah digunakan.

Menurutnya lagi, di satu bahagian surau tersebut, polis menemui pecahan kaca yang dipercayai pecahan botol arak, atas tanah dekat tingkap surau tersebut.

Berdasarkan bekas di kaca tingkap, katanya, polis percaya botol arak itu dibaling ke arah tingkap tersebut. 

Bagaimanapun, katanya, kaca tingkap itu tidak pecah tetapi sebaliknya botol yang dibaling itu yang pecah.
Perbuatan khianat
Sementara itu, Bernama melaporkan pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail, berkata kejadian itu disedari oleh jemaah surau semasa solat subuh pagi ini dan memaklumkan kepadanya.

"Kejadian ini saya rasa berlaku antara 3.30 pagi dan 4 pagi dan saya telah membuat laporan polis secara rasmi," katanya.
Mohd Hasbi berkata selain empat botol arak dibaling di hadapan bangunan surau, terdapat kesan cat warna merah di dinding, lantai dan pintu cermin bahagian kanan surau.

"Saya rasa amat sedih dan kesal atas kejadian yang berlaku kerana mencemari rumah ibadat orang Islam dan kesucian bulan Ramadan," katanya.

Surau yang tidak berpagar itu baru digunakan pada 24 Julai lalu.

"Saya anggap ini adalah satu perbuatan khianat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Saya tidak tahu apakah motif sebenar mereka yang melakukan kerja ini dan berharap pihak polis akan menyiasat sehingga tertangkapnya mereka yang terlibat dan dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.
(source by malaysia kini)



Share/Bookmark

STUDENT HAVE POWER!


apabila kebenaran telah dibongkar
when the truth was uncovered
当真相被揭露
wenn die Wahrheit aufgedeckt wurde

Bahagian Hal Ehwal Universiti Malaya (HEP UM) hari ini menolak permohonan seorang pelajarnya untuk menganjurkan syarahan umum forum 'Student Power' Selasa ini kerana pihak universiti tidak membenarkan sebarang program yang dianjurkan oleh individu.
Keputusan tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Naib Canselor HEP kampus tersebut Prof Dr Rohana Yusof dalam pertemuan dengan pelajar berkenaan, Abu Ubaidah Amir Ab Maalek di pejabatnya petang ini.

Dalam tersebut Abu Ubaidah - seorang aktivis mahasiwa - ditemani tiga pelajar lain.

"Mengikut prosedur, tidak boleh buat atas kapasiti individu tapi kena melalui persatuan. HEP mempersoalkan (menjalankan program) atas kapasiti individu," kata Abu Ubaidah dalam satu sidang akhbar selepas pertemuan tersebut petang ini.

"Saya rasa ia tidak relevan kerana program ini tidak melibatkan ramai orang. Universiti hanya sediakan kelengakapan (tempat) sahaja ," kata Abu Ubaidah, pelajar tahun satu fakulti sains.

Syarahan 'Student Power' itu mengetengahkan seorang aktivis sosial, Fahmi Reza telah telah mendapat perhatian umum di kalangan anak muda dan mahasiswa di Malaysia.

Minggu lalu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) turut mengharamkan ceramah pembikin filem muda berhubung kegiatan pergerakan mahasiswa sekitar tahun 1960-an.

Menurut Abu Ubaidah lagi, pihak universiti juga mengambil kira latar belakang pensyarah berkenaan dalam menolak permohonan mereka.

Katanya, Prof Dr Rohana memberitahu mereka bahawa kelayakan tersebut harus ditentukan oleh dekan sesebuah fakulti.

Berikutan itu, kata Abu Ubaidah, beliau akan berbincang dengan Persatuan Mahasiswa Islam atau Persatuan Sejarah bagi mengemukakan permohonan baru kepada dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Prof Dr Mohamad Redzuan Othman.

Tambahnya, beliau juga menimbang untuk mengemukakan beberapa lagi nama pensyarah untuk menyertai program tersebut.

"Kita cuba usaha untuk buat di Universiti Malaya. Kita akan bawa Fahmi Reza. Usaha tidak akan terhenti di sini. Kita akan teruskan," katanya lagi.

Abu Ubaidah (kanan) turut diiringi sekumpulan 10 pelajar bagi memberi sokongan ketika beliau menyerahkan kertas kerja program tersebut sebagai syarat mendapatkan kebenaran pihak universiti untuk mengadakannya.

Beliau membuat permohonan tersebut ekoran tindakan pihak pentadbiran UM menarik balik kebenaran kepada Persatuan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial untuk menganjurkan syarahan 'Student Power', Selasa.

Sebelumnya, persatuan tersebut mendapat kebenaran dekan fakulti berkenaan untuk mengadakan syarahan tersebut.

Bagaimanapun, dekan berkenaan kemudiannya memaklumkan kepada pihak persatuan tersebut bahawa pentadbiran universiti tidak membenarkannya. (source by malaysiakini)



more info; http://www.malaysiakini.com/news/140611



Share/Bookmark

khutbah vs solat hajat

apa pendapat korang..sudah jelas lagi nyata kan?..thanx to my friend amar haron bg pic ni..

Mesyuarat tergempar Pakatan Rakyat (PR) dipanggil hari ini berikutan permainan isu "Guan Eng gantikan Agong" yang digembar-gemburkan oleh UMNO dan media massa.  Permainan politik oleh UMNO ini adalah begitu karut kerana hanya orang tak siuman dan berniat jahat baru berani menggantikan nama DYMM YDP Agong dengan nama lain.



Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa Barisan Nasional untuk tidak mempolitikkan isu doa khutbah solat Jumaat.
Asri berkata tiada salahnya mendoakan panduan dan petunjuk diberi kepada pemimpin, atau mendoakan kerajaan yang bersimpati dan adil pada rakyat.
"Jangan politikkan isu ini. Saya minta Pakatan Rakyat dan juga BN untuk tidak mempolitikkannya," kata Asri, yang menambah beliau tidak tahu sejauh mana kesahihan dakwaan Umno berhubung perkara ini.
Beliau menambah apa yang tidak boleh dilakukan adalah mendoakan kesejahteraan untuk seorang pemimpin yang tidak adil, serta memanjatkan pujian-pujian akan pentadbirannya.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mendakwa beberapa masjid di Permatang Pauh dan Jelutong menggantikan nama Yang Dipertuan Agong kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam doa khutbah mereka.
Kerajaan Negeri dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang bagaimanapun menafikan mengeluarkan arahan kepada mana-mana masjid, dan berikrar menghukum mereka yang didapati berbuat demikian selepas siasatan dijalankan.
Lidah Umno bagaimanapun terus memainkan isu ini dan terbaru, khatib Masjid Jamek Padang Menora dikatakan telah menyebut nama Ketua Menteri dalam doa khutbah solat Jumaat baru-baru ini.
Imam Ibrahim Ishak berkata nama Yang di-Pertuan Agong tidak disebut dan beliau telah menegur khatib terbabit dan mengakui kesilapan yang dilakukan.
Khatib tersebut nampaknya mendoakan tuhan supaya membuka pintu hati Lim Guan Eng untuk menerima Islam.

Share/Bookmark

Sunday, August 22, 2010

need help!

menghadapi masalah ngn tune up..kantoi x ori!..haha..anybody help me...
Share/Bookmark

HARTAL..this is what my teacher did't tell me


KEPALKAN,RINDUMU KE AWAN
LAHIR BUDAYA PEMBEBASAN
RAPATKAN BARISANMU KAWAN,
HANCURKAN SEGALA PENINDASAN,
JOM SEMUA TURUN KE JALAN,
LANTANG SUARAKAN SEGALA TUNTUTAN,
HANCURKAN FEUDALISME,MILITERISME DAN KAPITALISME,
JANGAN RAGU,AYUH BERSATU,
YAKINLAH RAKYAT PASTI MENANG...
YAKINLAH RAKYAT PASTI MENANG...


kenapa nak sorok kebenaran?..haha

Share/Bookmark

Monday, August 16, 2010

mystudio


Share/Bookmark