This is a nice opportunity for you to show off your work using this amazing, clean and minimalistic template for blogger!

Sunday, December 12, 2010

kahwin awal






[MStar] PETALING JAYA: “Saya yang izinkan mereka berkahwin...” - itulah kata-kata pertama yang keluar dari mulut Siti Hawa Kassim, ibu kepada pengantin perempuan yang mencetuskan kontroversi kerana berkahwin pada usia 14 tahun minggu lalu.
Siti Hawa, 40, menjelaskan, dia dan suaminya memberi keizinan kepada Siti Maryam Mahmod yang lebih mesra dengan panggilan Maya itu untuk berkahwin kerana yakin, pendidikan agama yang telah diberikan dapat membimbing anaknya itu menjadi seorang isteri yang matang untuk menempuhi alam rumahtangga yang serba mencabar.
Keputusan itu juga dibuat setelah suami kepada anaknya itu berjanji dan bersetuju untuk memastikan Siti Maryam menamatkan pengajian menengahnya di sebuah sekolah menengah agama dekat sini.
“Anak saya sudah akil baligh dan diberikan pendidikan agama. Saya percaya suaminya juga boleh membimbingnya ke arah yang lebih baik. Malah keputusan ini juga mengambil kira janji suaminya untuk memastikan dia belajar sehingga tamat pengajiannya,” kata ibu yang bertugas di sebuah syarikat multinasional di ibu kota ini dalam temuramah eksklusif dengan Mingguan mStar semalam.
Siti Hawa yang tidak mahu gambarnya disiarkan demi untuk menjaga privasinya menambah, suami Maya (Abdul Manan Othman) adalah seorang guru dan seorang lelaki yang baik dan yakin Manan boleh melakukannya (membimbing Siti Maryam) memandangkan dia juga diberikan pendidikan agama yang tinggi.
Siti Hawa berkata, sebelum memberi keizinan Abdul Manan dan Siti Maryam atau lebih dikenali sebagai Maya untuk berkahwin, dia sudah membuat solat istikarah bagi memohon petunjuk daripada tuhan.
Detik perkenalan pasangan suami isteri muda itu bermula apabila Abdul Manan yang merupakan guru agama mengajar dua orang adik Maya.
Hubungan baik dan sikap ramah Abdul Manan telah mendorong Siti Hawa untuk mengambil dia sebagai anak angkat dan menjadi sebahagian daripada keluarga itu.
Isu perkahwinan Maya pada usia muda telah mencetuskan kontroversi dan perdebatan banyak pihak termasuk mendapat reaksi daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Sharizat Jalil yang menyatakan keputusan mahkamah untuk membenarkan Maya berkahwin bukanlah merupakan satu polisi yang direstui oleh Kerajaan Pusat.
Pelbagai pertubuhan wanita dan hak asasi wanita turut tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.
Bagaimanapun dalam menjawab semua persoalan itu, Siti Hawa tidak dinafikan pada peringkat awalnya dia berasa terkilan apabila segelintir pihak tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah.
Menurutnya, sebagai rakyat 1Malaysia, masyarakat sepatutnya menghormati antara satu sama lain, tidak kira bangsa atau agama.
“Bagaimanapun akhirnya saya sedar itu adalah hak individu untuk bersuara. Lain orang lain pendapatnya. Apa yang penting adalah tindakan saya mengizinkan Maya berkahwin pada usia muda itu tidak bercanggah daripada hukum syarak dan agama.
Namun sebagai seorang ibu, Siti Hawa yang enggan gambarnya disiarkan berharap agar masyarakat berfikiran terbuka dan rasional mengenai perkara tersebut.
“Masing-masing mempunyai pandangan tetapi janganlah menafikan hak kami sekeluarga dan keputusan Maya dan Manan untuk berkahwin dibuat selepas mendapat restu daripada pihak kami serta kebenaran daripada mahkamah.
Dalam pada itu, Siti Hawa juga menegaskan, dia sentiasa memantau anaknya dan Abdul Manan Othman dari segala aspek meskipun kedua-duanya sudah menjadi suami isteri yang sah.
“Sebagai ibu, saya tidak akan membiarkan anak-anak saya sendirian menghadapi risiko berkahwin pada usia muda ini.
“Sebelum mereka berkahwin lagi sudah diperjelaskan tentang apa itu perkahwinan. Setiap kejadian itu ditentukan oleh Allah, ada hikmah di sebalik sebarang kejadian,” katanya.
Siti Hawa juga berpendapat perkahwinan anaknya pada usia 14 tahun bukanlah satu isu yang besar kerana baginya kematangan bukan lah terletak pada umur seseorang tetapi sebaliknya terletak pada pendekatan dan pendidikan yang diterimanya.
“Konsep perkahwinan awal ini sebenarnya boleh membendung perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Kita semua sedia maklum tentang permasalahan masyarakat yang berlaku di negara ini sedangkan perkahwinan anak saya adalah satu perkahwinan yang sah,” ujarnya lagi.
Menurut Siti Hawa, perkahwinan itu juga tidaklah bermakna perhubungan di antara ibu dan anak terputus kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab terhadap diri dan keluarga masing-masing.
“Walaupun Maya sudah bergelar isteri orang, namun saya masih bertanggungjawab memberikan nasihat dan memastikan anak saya itu meneruskan pembelajarannya di sekolah sehingga tamat,” katanya.
“Saya berharap masyarakat berdoa semoga perkahwinan mereka diberkati dan saya berterima kasih kepada mereka yang telah membantu dan memberikan sokongan kepada kami sekeluarga,” katanya.



ISU INI MENDAPAT TENTANGAN DAN SINDIRAN BURUK OLEH MASYARAKAT MALAYSIA,TERUTAMANYA MELAYU ISLAM OLEH KERANA BERTENTANGAN DENGAN      FOLKWAY & MORES MASYARAKAT..NO BIG DEAL,ASALKAN MEMENUHI SYARAT,ISLAM MEMBENARKAN..DILEMMA ANTARA ADAT & AGAMA..

Share/Bookmark

Saturday, December 11, 2010

7 wasiat



sebelum tanah melayu mencapai kemerdekaan, Tanah melayu adalah satu kawasan yg dipecahkan mengikut negeri masing-masing.Johor,Kedah,dan melaka adalah sebuah empayar yang berbeza dan diketui oleh raja masing-masing. untuk mencapai kemerdekaan, raja-raja Melayu telah dipujuk untuk menyerahkan kuasa mutlak mereka terhadap negeri mereka dan bergabung dengan negeri-negeri lain untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Bagi raja-raja, bergabung dengan negeri-negeri lain adalah sesuatu yang agak berat dilakukan. hal ini kerana Baginda telah lama memerintah sesebuah negeri tersebut. sehinggakan ada yang 10 keturunan dan 18 keturunan. oleh sebab itu, sebagai satu jaminan kepada Raja-Raja Melayu, 7 wasiat telah sepakat dibentuk bagi memastikan kuasa mereka kekal,kewujudan bangsa Melayu diiktiraf dan terjamin dan Tanah Melayu yang dicintai ini terpelihara dari anasir-anasir jahat.

7 wasiat Raja-Raja Melayu:

1. kami namakan dan panggil dia,bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU(sekarang dikenali MALAYSIA)

2. kami istiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu istiharkan dan simpan untuk anak cucu kami,selain gunung-ganang,tasik dan hutan simpan,tanah simpanan melayu sehingga nisbah 50%,selebihnya berebutlah bersama kaum lain.

3. bagi menjaga kamu dan anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU(RAMD) selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4. kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

5. kami istiharkan ISLAM sebagai agama rasmi Persekutuan

6. kami tetapkan bahasa kebangsaan adalah BAHASA MELAYU.

7. kami amanahkan dan pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain.(ditambah kedudukan keistimewaan anak negeri sabah dan sarawak)





Secara lebih jelas, fasal-fasal terbabit dalam perlembagaan persekutuan ialah Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1), yang memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.



Wasiat ini disampaikan ketika raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.
Share/Bookmark

Friday, December 10, 2010

Dr Burhanuddin Al-Helmi



Dr Burhanuddin adalah antara orang-orang kuat dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada 17 Oktober 1945. Antara tokoh-tokoh penting yang lain dalam PKMM ialah Pak Sako, Mokhtaruddin Lasso, dan Ahmad Boestaman. PKMM adalah parti kedua di Tanah Melayu yang memperjuangkan nasib orang-orang Melayu. Parti pertama adalah Kesatuan Melayu Muda, KMM yang ditubuhkan pada tahun 1938. Sesetengah orang salah faham dengan menganggap UMNO adalah parti pertama yang membela nasib bangsa Melayu. Padahal begitu banyak lagi parti-parti Melayu sebelum UMNO seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA), dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS) yang menjadi sayap utama kepada PKMM.


Dr burhanuddin adalah orang pertama yang menyeru bangsa Melayu untuk bersatu,idea ini kemudiannya ditiru oleh Onn Jaafar yang menubuhkan UMNO pada 1946. setahun selepas ucapan keramat Dr Burhanuddin di kongress PKMM.


sewaktu UMNO melaungkan "HIDUP MELAYU"..beliau dan part-parti lain telah lama melaungkan "MERDEKA"..namun ini semua telah ditutup oleh lembaran sejarah yang direka..direka oleh mereka yang berkuasa..bak pepatah "history written by the victors"..tapi tak semua sejarah boleh ditipu,tidak semua sejarah boleh dilupakan.


Beliau digambarkan sebagai seorang "nasionalis radikal dan pemikir Islam". Kepemimpinannya tamat apabila beliau ditangkapa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1965, dan selanjutnya dipenjara selama satu tahun atas tuduhan berkomplot untuk menggulingkan kerajaan Malaysia dan memasang sebuah kerajaan pengganti yang lebih ramah kepada Indonesia


Burhanuddin meninggal dunia pada tanggal 10 Oktober 1969 akibat penyakit lelah dan juga kesan seksaan yang beliau terima semasa dalam tahanan ISA (Ikut Suka Aku).




"diatas robohan kota Melaka,
kita dirikan jiwa merdeka,
bersatulah Melayu seluruh baka,
membela hak keadilan pusaka."


*Dr Burhanuddin Al-Helmi,kongres PKMM,1945.


klik dibawah untuk download lagu tribute to dr Burhanuddin nyanyian Black
burhanuddin al-helmi-black
Share/Bookmark

demo,budayakah?

berdemo adalah hak asasi
berdemo hak asasi yang tertulis dalam artikle 10 perlembagaaan malaysia
berdemo adalah satu ciri negara demokratik
warga wajib menyokong hak berdemo
warga wajib menghayati demo sebagai budaya politik

jangan mereka di ganasi
jangan mereka diprovoke
jangan mereka di sembur dengan air asid
jangan mereka di tembak gas pemedeh mata

kukuhkan demo budaya
kalau tak suka turun berdemo
kalau tak minat turun berdemo
kalau tak setuju turun berdemo

berdemo dengan aman
berdemo dengan tertib
berdemo dengan beradab

berdemo adalah pesta demokrasi
berdemolah !



(petikan diatas dipetik dari saudara hisyamuddin rais)





demontrasi,budaya kita?


siapa kata berdemo bukan budaya Masyarakat malaysia?


demontrsi adalah proses terakhir atau jalan terakhir yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu setelah proses2 secara profesional tidak dilayan dan tidak diendahkan


Tok Janggut,Mat Kilau,Rentap...mereka adalah antara tokoh2 awal yang memulakan budaya berdemontrasi..mereka menentang penjajah yang mengancam hak2 mereka..cuma berbeza tempat dan cara,namun tujuannya adalah sama,untuk menyampaikan sesuatu setelah proses rundingan tidak berjaya..


budaya ini diteruskan pada masi kini,namun ada pihak yang mendakwa bahawa berdemontrasi bukan budaya Malaysia..sejarah akan berulang dan berulang.


namun setakat ni,demontrasi yang diadakan di malaysia adalah secara aman,yang menjadikan ianya kelihatan separti tida aman ialah pihak2 berkenaan yang tidak menjalankan tugas mengikut undang2 dan procedur yang betul.


pada aku,semakin banyak penganjuran demontrasi membuktikan kelemahan sistem pengurusan sesebuah negara..
















Share/Bookmark

Kandungan memo air kepada Agong-5 dec

Memorandum
Isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan

Kepada:
Duli Yang Maha Mulia 
Tuanku Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin 
Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah
Yang Dipertuan Agong, Malaysia

Daripada:
Rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Kerajaan Negeri
Selangor Darul Ehsan

2010

Dengan nama Allah s.w.t., Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., pesuruh Allah s.w.t. yang sangat mencintai dan menggesa umatnya berlaku adil.

Assalamu'alaikum w.b.t.
Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

Dengan keinsafan bahawa kehidupan asasi manusia cukup bergantung dengan akses kepada air yang bersih pada kadar harga munasabah,

Dengan kesedaran perkembangan kos sara hidup rakyat kian meningkat berbanding pendapatan,

Dengan ketegasan menentang penyelewengan, salah guna kuasa dan kepura-puraan,

Dengan iltizam menegakkan sebuah kepimpinan yang prihatin, telus, bertanggungjawab, cekap, dan menghormati semangat dan amalan Persekutuan;

Maka dengan ini kami, Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor, berkumpul marafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk menyampaikan suara hati kami terhadap isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan.

Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

1) Mengembalikan Hak Air kepada Rakyat

Kami, mewakili 150,000 rakyat Selangor yang telah menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan kepada Memorandum ini dan juga keseluruhan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mendapatkan perkhidmatan air yang sama, menuntut keadilan untuk diri kami membetulkan kesalahan dalam penswastaan Industri Perkhidmatan Air yang telah dibuat, sehingga menyebabkan kualiti dan perkhidmatan air yang teruk serta peningkatan tarif air pada kadar yang tidak munasabah. Justeru, kami menuntut kualiti air dan Perkhidmatan Air yang bersih pada kadar yang munasabah, dengan mengambil kira rakyat miskin serta mereka yang berpendapatan rendah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menitahkan agar Hak Air ini dikembalikan kepada rakyat melalui pengambil-alihan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

2) Mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006)

Kami merafak sembah memohon Tuanku mendokong semangat dan matlamat Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang telah menjelaskan keperluan Industri Perkhidmatan Air ini distrukturkan semula secara holistik dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sesungguhnya, Akta ini telah dirangka dan diluluskan dengan tujuan membetulkan kesalahan yang dibuat semasa menswastakan Industri Perkhidmatan Air sebelumnya. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar tidak berdolak-dalik tentang keputusan ini.

3) Menghak-upayakan Rakyat

Perjanjian konsesi yang ditandatangani pada tahun 2004 antara Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (“SYABAS”), Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor mengandungi sejumlah persoalan yang jelas menunjukkan SYABAS tidak pedulikan kebajikan rakyat seperti kenaikan tarif air pada kadar yang tinggi (37% pada tahun 2009, dan 25%, 20%, 10% serta 5% pada 2012, 2015, 2018 dan 2021). Perjanjian ini seharusnya dirundingi dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana mereka adalah penerima kesan utama daripadanya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menghak-upaya rakyat dengan memastikan bahawa sebarang perjanjian baru yang mahu dibuat perlulah dirunding dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum dimuktamadkan.

4. Mengembalikan Kuasa Kerajaan Negeri

Perkhidmatan air yang telah dimasukkan dalam Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan 1957 memberikan kuasa bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan dalam hal berkaitan. Kami mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menghormati semangat Persekutuan ini dan kuasa yang dimiliki oleh Kerajaan negeri dalam isu berkaitan perkhidmatan air ini, dan jangan berdolak-dalik menentang Kerajaan Negeri Selangor. Kami merafak sembah memohon Tuanku untuk mengembalikan kuasa Kerajaan Negeri Selangor dalam hal ini.

5) Menghapuskan Kronisme

Telah menjadi persepsi umum bahawa Kerajaan Persekutuan mengambil sikap menyebelahi sektor swasta, dalam kes ini syarikat tertentu, yang boleh disabitkan dengan amalan kronisme. Telah terbukti bahawa usaha membolehkan syarikat-syarikat penerima konsesi ini mendapat sejumlah keuntungan tertentu, mereka dibenarkan untuk menaikkan kadar tarif yang tinggi dengan pemberian jaminan pinjaman Kerajaan Persekutuan yang bermaksud rakyatlah menjadi pembayarnya. Rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini perlu membayar kadar harga air yang tinggi, dan pembayar cukai Malaysia perlu menjamin risiko perniagaan SYABAS. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan janji Kerajaan Persekutuan untuk segera menghapuskan kronisme.

Dengan mandat diberikan rakyat, Kerajaan Negeri Selangor bertekad untuk memastikan nasib mereka terbela. Dengan pengambil-alihan Industri Perkhidmatan Air ini, Kerajaan Negeri Selangor berjanji untuk mengusahakannya dengan cara terbaik untuk manfaat semua.

Sekianlah penjelasan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bersama mendoakan dan menyokong tindakan penting ini.

Menjadi harapan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk melihat ia diambil perhatian serius oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Rakyat menjunjung kasih atas perhatian yang diberikan.

Sekian, terima kasih.
Daulat Tuanku.
5 Disember 2010.



Share/Bookmark

ekonomi malaysia ,dependency & kapitalis

*fresh graduate Malaysia take 28 years to pay their house today
*1970-fresh graduate only take 4 years to pay their house..but now?..middle class expanding or shringking?

ok2..abaikan negara2 maju tu..tgk balik fakta tu..1974 & sekarang..kenapa makin lama masa yg diperlukan untuk bayar harga sebuah rumah,patotnya semakin berkurangan tempoh tu..tu baru rumah,keperluan lain,kereta?..isu kereta,AP..banyk lagi..takrif air,elektrik..apakah kita hidup ni hanya untuk untuk mencari duit untuk bayar semua2 nie..

btol faidi kata susah nak maju kalau terus amalkan konsep depedency..pergantungan..tapi susah kalau x bergantung kan..hampir mustahil nak tolak elemen depedency dalam konteks malaysia,negara maju perlukan malaysia untuk dapatkan bahan2 mentah,malaysia pun perlukan dyeorg (nagara2 maju) untuk pasarkan produk2 mentah kita.negara maju perlukan negara miskin dan menbangun cam malaysia untuk pasarkan produk2 mereka,malaysia pun perlukan negara2 maju untuk dapatkan product2 dyeorg..suma ni berlaku secara automatic dalam sistem ekonomi...


FDI setiap tahun menurun.sebabnya pomedal luar tgk ekonomi malaysia lembab berkembang dan sistem pentadbiran malaysia yg kian bercelaru..kadar CPI yang kian merosot..pemodal x berani datang coz takut ngn corruption yang gila2 kt malaysia..CPI terbaru malaysia pada tangga ke 56,setaraf dengan negara2 afrika..

disebabkan FDI menurun terpaksalah  keluar untuk wat perjanjian ngn pemodal2 asing.pemodal asing mengambil kesekpatan dengan mengemukakan syarat2 yang akhirnya akan merugikan ekonomi negara sendiri..

pemodal luar dibawa masuk,sistem kapitalis pun dibawa masuk sekali,perinsip kapitalis adalah untuk memaksimumkan keuntungan..

kapitalis inilah punca ekonomi negara xleh berkembang..banyk tangan2 luar yang kaut keuntungan dari dalam,kosep yang sama semasa zaman kolonial,.

ekonomi tempatan,rakyat tempatan boleh maju tape kemajuan tersebut adalah terhad.rakyat masih terbebab dengan kos sara hidup yang tinggi yang dikawa oleh sistem kapitalis...golongan kaya terus kaya dan golongn miskin terus miskin,golongn sederhana tetap sederhana..

kita sering didedahkan dengan kemajuan yang menggunakan pembangunan sebagai elemen ukuran..banyk bangunan2 besar tinggi di malaysia dikatakan bukti kemajuan ekonomi..orang miskin yang duduk di pendalaman tetap merasa bangga dengan adalah KLCC walaupun dia tidak mampu untuk menampung kos prjalanan nak pergi klcc..

di malaysia,kapitalis sangat memberi kesan kepada rakyat terutama rakyat yg terdiri dari golongn pertenganhan dan miskin..pihak2 pemodal menggunakan konsep mengaut keuntung semaksima mungkin, contohnya..sebuah syarikat pembekal air, keuntungan sebanyak 2 billion,mereka akan mensasarkan keuntungn yang lebih pada masa hadapan sehinggakan kadangakala melebihi 100%..1 billion untung pon dikira untung..tidak perlulah mengaut keuntungan yang melampau sehinggakan membebankan pelanggan (rakyat)..

contohnya,gaji bersih CEO SYABAS adalah RM 425 ribu,belum termasuk elaun2 tambahan..apakah perlu gaji sebanyk ini sedangkan kadar tarif air sangat membebankan rakyat..tak cukup dengan itu,mereka bercadangan untuk menaikkan tarif air sabanyak 37% pada tahun 2009, dan 25%, 20%, 10% serta 5% pada 2012, 2015, 2018 dan 2021..ini adalah contoh kapitalis


sambungan.........
Share/Bookmark