This is a nice opportunity for you to show off your work using this amazing, clean and minimalistic template for blogger!

Friday, January 14, 2011

IPT Perlu Didik Makna Hidup

Oleh: YB Datuk Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

Bulan ini ialah musim kemasukan ke universiti. Di sebalik kesibukan rutin seperti mendaftar dan mengorientasi mahasiswa baru, menyelesaikan masalah calon yang baik akademiknya tetapi tidak mendapat tempat, serta berempati kepada calon yang cemerlang kokurikulumnya tetapi tidak diiktiraf sistem semasa, adalah mustahak untuk kita juga menggunakan musim ini untuk bermuhasabah tentang apakah sebenarnya yang diajar kepada mahasiswa.

Muhasabah ini perlu bermula dengan pandangan alam yang tepat terhadap budaya ilmu, matlamat dan peranan pendidikan dan universiti serta betapa pentingnya dikembalikan roh universiti. Seterusnya, muhasabah ini perlu merenung sejauh manakah kita mendidik mahasiswa dengan makna kehidupan.

Mengapakah kita perlu menilai perkara ini? Kerana kita jarang berbicara tentangnya hari ini. Kita berbicara tentang banyak perkara, seperti kebolehpasaran, penyelidikan, penarafan dan sebagainya. Semua ini benar dan penting. Tetapi kita hampir tidak berbicara soal makna kehidupan.

Kita berbicara tentang kemahiran insaniah seperti berkomunikasi dan berfikir secara kritis. Tetapi, adakah pemikiran kita tepat apabila kita mengajar mahasiswa kemahiran berkomunikasi sedangkan mereka tidak dididik tentang makna komunikasi, dan ketika sesetengah saluran komunikasinya terhalang?

Kita mengajar supaya mampu mengkritik sedangkan mereka tidak dididik tentang makna kritik, dan ketika kritik selalu tidak hadir di dalam kelas, serta ketika kita menambah adjektif kepada kritik, dengan menjadikannya "kritik positif", sedangkan kritik memang dengan sendirinya adalah positif.

Menurut Anthony T. Kronman (2007) dalam bukunya Education's End, sejarah universiti dalam konteks mendidik makna kehidupan boleh dibahagikan kepada tiga tahap.

Tahap pertama ialah ketika pendidikan kolej (ketika itu belum digelar universiti, misalnya dalam perkembangan Universiti Harvard) berada atas premis bahawa matlamat kehidupan manusia bukanlah sesuatu yang layak menjadi salah satu subjek yang diajar, tetapi ia adalah satu-satunya subjek yang diajar, atau ia subjek yang diajar sebelum diajar subjek-subjek yang lain. Ketika itu, pengajaran makna kehidupan dogmatik pendekatan dan kandungannya.

Tahap kedua ialah zaman humanisme sekular. Makna kehidupan terus menjadi subjek yang tersusun dalam program ijazah pertama. Ia tidak lagi dogmatik. Tetapi, ia hampir dihadkan dalam bidang sains kemanusiaan sahaja.

Manakala tahap ketiga ialah saat kita berada kini. Persoalan makna kehidupan hampir tidak lagi diiktiraf sebagai satu subjek yang layak diajar, hatta dalam sains kemanusiaan - iaitu jika sains kemanusiaan masih wujud - di kebanyakan universiti.

Kita tidak semestinya perlu kembali ke tahap pertama dan kedua dalam sejarah di atas. Apa yang penting ialah universiti perlu mencari jalan untuk memastikan bahawa persoalan makna kehidupan sentiasa berada dalam arus perdana pemikiran akademik dan berkesinambungan sebagai subjek yang diajar dengan tersusun.

Kita perlu melakukan ini untuk membantu mahasiswa mencabar perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan, yang akan mempersoalkan kedudukan dunia dan moral semasa. Misalnya, adakah kebenaran dan keadilan lebih mulia daripada kekayaan dan kecantikan? Adakah demokrasi memberikan ruang untuk nilai merendah diri?

Ini penting kerana matlamat pendidikan universiti bukan secara utama atau semata-mata untuk menyediakan mahasiswa bagi kerjaya masa depan dengan mengajarnya ilmu yang khusus yang diperlukannya untuk pekerjaannya, walaupun menyediakan mahasiswa untuk kebolehpasaran bukan kesalahan.

Sebaliknya, secara fundamental, universiti perlu menyediakan mahasiswa untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran kehidupan yang komprehensif dengan mendidik mereka dengan apa yang disifatkan oleh Alexander Meiklejohn sebagai latihan dalam "seni kehidupan". Ia bermaksud membantu mahasiswa melengkapkan diri dengan seni ini dan bukan untuk membekalkannya dengan kemahiran terhadap sesuatu pekerjaan yang lebih terhad sifatnya.

Mahasiswa hari ini umumnya (usah persalahkan mereka) datang ke universiti dengan kepercayaan bahawa pilihan yang paling penting yang perlu dibuat ialah tentang kerjaya. Kebanyakannya mempunyai asumsi bahawa kehidupan yang sempurna hanya dapat diraih melalui saluran-saluran kerjaya.

Tetapi kerjaya - apa-apa kerjaya sekalipun - mempunyai horizon yang lebih sempit daripada kehidupan seseorang manusia yang memegang kerjaya tersebut. Tidak kira sejauh mana kepentingan, impak ataupun keuntungan sesuatu kerjaya itu, sebagai kerjaya, ia tetap hanya sekadar sebahagian daripada kehidupan.

Persoalan akan sentiasa timbul tentang di mana dan bagaimana letaknya sesuatu kerjaya itu dalam kehidupan seseorang. Persoalan ini menjadi lebih penting semakin seseorang itu meningkat umurnya, dan menjadi lebih genting apabila seseorang itu menjangkau hujung kehidupannya, iaitu apabila ia perlu hidup di luar pegangan apa-apa kerjaya.

Manusia tidak akan mendapat jawapan terhadap persoalan ini dari dalam horizon sesuatu kerjaya. Persoalan ini muncul, dan mampu dijawab, hanya daripada sudut pandangan kehidupan manusia yang komprehensif. Manusia tidak akan memiliki sudut pandangan ini jika tidak dididik dengan makna kehidupan. Justeru, universiti perlu mendidik mahasiswa tentang makna kehidupan.

Bagi melengkapkan muhasabah ini, kita juga perlu menilai makna universiti. Contohnya, sejauh manakah kita masih berada di atas landasan meningkatkan kualiti pendidikan Islam dan Islamisasi ilmu yang bertujuan mengembalikan kekuatan umat Islam dalam pelbagai disiplin ilmu, iaitu seperti yang dipelopori, antara lain, oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas (1980), dalam bukunya The Concept of Education in Islam dan Ismail Raji al-Faruqi (1982), dalam bukunyaIslamization of Knowledge: General Principles and Work Plan.

Adakah kita masih di hadapan dalam kebitaraan pendidikan tinggi Islam yang moden dan prgoresif? Atau kini kita mula disaingi oleh kebitaraan baru di sebuah negara Timur Tengah yang dahulunya kita anggap terkebelakang?

Di samping itu, kita juga perlu bermuhasabah tentang makna kecemerlangan para pensyarah universiti. Membaca buku Michele Lamont (2009), How Professors Think, menjadikan kita banyak bertanya tentang selok belok penilaian dalam dunia akademik.

Antara persoalannya ialah sejauhmanakah seseorang daripada bidang yang berlainan yang berkuasa menafsirkan penilaian terhadap orang lain yang datang daripada bidang yang berlainan mampu melakukannya dengan terbaik?

Adakah penekanannya terhadap sesuatu bentuk penghasilan, contohnya penulisan jurnal, sentiasa merupakan yang terbaik bagi bidang lain yang penekanannya mungkin dalam bentuk penghasilan yang berbeza, contohnya penulisan buku?

Sesungguhnya makna kehidupan adalah jauh lebih besar daripada tulisan kecil ini. Kita perlu menyertai perjalanan memburunya dengan keberanian, ketulusan dan kesabaran.

Share/Bookmark

Monday, January 10, 2011

"Kotornya" PRK..


ramai beranggapan bahawa kawasan yang akan menghadapi pilihanraya kecil ialah kawasan yang beruntung. mana tidaknya  kerana PRK ini akan memeberikan impak yang baik terutamanya kepada pembangunan kemudahan. seperti jalan raya baru. sekolah baru.buat jalan berlarutan sehingga lewat malam.

itu semua dapat dilihat dari mata kasar, dari perspek biasa. tapi bila dilihat dari sudut yang jarang dilihat oleh orang awam,yang tidak disedari oleh orang awam.

sebenarnya sewaktu prk ni lah tempat pertandingan ilmu2 hitam2.ilmu2 batin

baru baru ini alhamdulillah aku berpeluang menyertai satu majlis anjuran satu pertubuhan.

majlis dimaksudkan ialah majlis untuk melumpuhkan segala macam jenis sihir yang digunakan oleh salah sebuah parti yang akan bertanding dalam PRK yang akan datang.

majlis dipimpin oleh seorang pengamal perubatan islam yang amat warak lulusan pondok yang mashur.

antara upacara majlis tersebut ialah menbaca selawat2 dan wirid2 yang amat jarang diamalkan oleh orang awam.kemudiannya diteruskan oleh membaca surah yasin sebanyak 100 kali. kemudiannya disudahi dengan solat hajat. majlis berakhir jam 5.15 pagi.sememangnya satu pengalaman yang amat berharga.

selesai majlis aku sempat berborak dengan uztaz tersebut. dia mengatakan  kawasan pilihanraya adalah satu kawasan yang amat kotor,bukan lah bertuah, kerana disini segala macam ilmu sihir berkampung.

beliau merupakan ketua keselamatan sebuah pertubuhan. bertanggungjawab menjaga keselamatan petugas2 pilihanraya.

isu petugas terkena sihir adalah perkara yang sudah lali dan biasa dalam scene PRK.

PRK adalah lebih kotor berbanding PRU.hal ini kerana PRK mendapat tumpuan lebih kerana semua jentera akan tertumpu dikawasan tersebut.
dikatakan terdapat sebuah pihak yang mengimport tok2 dukun dari negara jiran untuk memenangi pilihanraya tersebut.

sihir tersebut biasanya ditujukan kepada orang2 awam, untuk mempengruhi pandangan dan fikiran orang awam untuk mengundi pihak mereka.

salah satu cara untuk mereka mensihir orang awam ialah dengan mencampurkan dalam makanan. jadi orang awam dinasihatkan agar berhati2 menghadiri majlis2 dalam masa kempen pilihanraya.

ceh dah macam cerita hantu la pulak...


Share/Bookmark

Criminogenic Risk

ciri-ciri pelaku Mereka yang secara langsung berkaitan dengan meneliti penyebabkejahatan. Faktor risiko juga langsung berkaitan dengan kemungkinan kembalimenyinggung. Faktor risiko yang digunakan dalam pengurusan pelaku jenayah untukmemprediksi perilaku masa depan dan untuk menetapkan tahap dan jenisperkhidmatan perubatan.


sumber:http://crime.about.com
Share/Bookmark

Saturday, January 8, 2011

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia(Suhakam) ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia setelah mendapat tentangan daripada beberapa pihak terutama parti politik dan NGO yang tidak puas hati terhadap tahap Hak Asasi Manusia di Malaysia.
Hak Asasi Manusia seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia termasuklah :
  1. Hak untuk bersuara
  2. Hak untuk bergerak
  3. Hak untuk berhimpun.

Kontroversi

Pelbagai pihak termasuk dalam dan luar negara mengkritik kerajaan Malaysia kerana menyekat hak asasi melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) , OSA, dan lain-lain.
Suhakam mendakwa :
  1. larangan ceramah umum dianggap mencabuli hak asasi manusia kerana tidak ada peruntukan undang-undang yang boleh menghalang seseorang itu daripada mengadakan ceramah politik.
  2. Meminta polis menjelaskan mengenai larangan terhadap ceramah umum kerana berpendapat larangan secara umum untuk berhimpun adalah mencabuli hak asasi manusia.Tiada peruntukan undang-undang bagi larangan dikenakan ke atas ceramah politik.Hak untuk berhimpun secara aman merupakan hak asasi manusia bersifat asas yang dijamin olehPerlembagaan Persekutuan.
  3. Mengkaji semua perakuan dalam Laporan Kebebasan Berhimpun kerana jika ia dilaksanakan masalah berhubung dengan ceramah umum sekarang dapat dielakkan.
  4. Suhakam tidak merestui keganasan dalam semua bentuk tetapi berhimpun secara aman boleh diadakan.

Seksyen 27 Akta Polis 1967

Seksyen 27 Akta Polis 1967 secara jelas memperuntukan :
  1. Mana-mana pihak yang hendak mengadakan perhimpunan atau ceramah umum hendaklah mempunyai kelulusan daripada pegawai polis daerah yang berkenaan.
  2. Sebelum mengadakan perhimpunan sama ada di dalam premis atau di luar premis, kebenaran polis hendaklah diperolehi demi kepentingan ketenteraman awam dan keselamatan rakyat.
  3. OCPD boleh menimbang sesuatu permohonan (permit perhimpunan dan ceramah umum) itu tetapi ini bukan bermakna kumpulan atau mana-mana pihak boleh dengan sendiri mengadakan ceramah umum dan perkumpulan yang lebih dari bilangan lima orang.
  4. Kelulusan permohonan permit juga tertakluk kepada budibicara polis dan perhimpunan biasa di dalam bangunan kebiasaanya dibenarkan

Perkara 9 dan 10 Perlembagaan Malaysia

Perkara 9 dan 10 Perlembagaan Malaysia jelas menyatakan bahawa apa-apa sekatan boleh dikenakan kepada hak untuk mewujudkan perkumpulan atau hak bersuara sekiranya ia penting daripada segi ketenteraman dan keselamatan dalam negeri.
Akta Polis adalah tergolong kepada kebenaran yang diberi di bawah perlembagaan itu dan adalah tidak wajar atau tidak tepat dikatakan ini menghalang hak asasi manusia.
Definasi hak asasi manusia itu terlalu luas dan tidak perlu negara Malaysia untuk menerima keseluruhan maksudnya.
Katanya penubuhan Suhakam yang tertakluk kepada Bahagian Dua Perlembagaan Malaysia berhubung nilai dan kuatkuasa undang-undang antarabangsa (yang berkaitan dengan hak asasi manusia) perlu menghormati peruntukan perlembagaan itu sendiri dan undang-undang negara yang digubal Parlimen.
"Oleh kerana ini (ceramah umum dikaitkan dengan) hak asasi manusia, (maka) Seksyen 27 (Akta Polis 1967) tidak payah dipakai, ini tidak benar dan barang siapa yang berfikiran begitu tidak harus mengemukakan pandangannya kerana ia mengelirukan undang-undang negara sendiri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Rais Yatim. (19 Februari 2002).

Tanah Adat Penan dan Iban

Suhakam menerima dua memorandum :
  1. Aduan daripada kaum Penan dan Iban di Ulu Niah pada November 2001 berhubung dengan pencerobohan dan konflik tanah adat.
  2. Aduan oleh penduduk suku kaum yang terbabit dengan projek empangan Bakun.
Pengerusi Suhakam Tan Sri Musa Hitam berkata suruhanjaya itu telahpun menemui penduduk suku kaum Penan dan Iban terbabit , para pegawai kerajaan Sarawak dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud. mengenai masalah itu bagi menyediakan laporan dan dijangka siap Mac 2002.

Insiden Bandar Mahkota Cheras


Pada 7 Januari 2009, pengerusi inkuiri, Pesuruhjaya Suhakam Datin Paduka Zaitoon Othman menyatakan panel siasatan mendapati polis dan FRU menggunakan kekerasan dan melanggar keselamatan Chan Jiun Haur (21 tahun) dan Chan Siew Meng semasa menangani demonstrasi di Bandar Mahkota Cheras (BMC) 1 pada 27 Mei 2008. Laporan Suhakam 41 muka surat mendapati anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah mencabul hak asasi manusia dalam insiden itu tetapi tidak dapat mengecam / mengenalpasti pegawai terbabit . Panel inkuiri disertai oleh Pesuruhjaya Datuk Dr Chiam Heng Keng dan Pesuruhjaya Datuk Khalid Ibrahim. Suhakam mencadangkan standard antarabangsa sebagai panduan anggota polis dan FRU menggunakan kekerasan. Mereka hendaklah menggunakan tag nama dan nombor lencana yang jelas dan terang semasa melaksanakan operasi.[2] Pasukan FRU dan polis dihantar bagi mengawal keadaan apabila penduduk Bandar Mahkota Cheras cuba merobohkan tembok penghadang yang menghalang mereka dari masuk ke Lebuhraya Cheras-Kajang tanpa membayar tol. Mustahil sebuah kereta yang membawa empat orang boleh menyerang atau hendak melanggar sepasukan 30 anggota FRU.[3]
Chang Jiun Haur merupakan mekanik dan pemandu Proton Saga dan dirawat di Hospital Seremban kerana cedera di badan, muka dan mulut.Dia ditahan anggota FRU ketika melalui jalan yang ditutup itu sebelum cermin kereta Proton Saga miliknya dipecahkan dan beliau ditarik keluar dari keretanya. Gambar insiden itu disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina.[4]Lima saksi, termasuk wartawan Lee Weng Kiat dan Syed Jaymal Zahiid Syed Kamal serta jurufoto dari Malaysiakini, Ng Kok Foong dipanggil untuk memberi keterangan di pejabat Suhakam. 10 saksi dari kalangan polis dan FRU turut dipanggil memberi keterangan. [5]

Status A ICC

Suhakam mendapat status 'A' daripada Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa (ICC) Institusi Pemupukan dan Perlindungan Hak Asasi Manusia (ICC) berpejabat di Geneva padsa 25 Januari 2010. Pada 2009, ICC tidak berpuas hati dengan Rang Undang-undang (Pindaan) Suhakam 2009.
ICC puashati dengan pindaan kepada Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 2009.Pengerusi Suhakam , Tan Sri Abu Talib Othman menerima maklumat itu daripada Jawatankuasa Kecil Akreditasi (SCA) .[6]

sumber: wikipedia

aku tengok suhakam ni merupakah salah satu suruhanjaya yang masih suci dan dara.haha. ianya masih relevan dan dipercayai. SUHAKAM dilihat masih telus dan berani bersuara mempertahankan hak asasi manusia di malaysia ini. rating terhadao suhakam dikatakan lebih tinggi berbanding dengan rating SPR..haha faham2 jela. banyak isu berat sebelah dapat dilihat dalam pertadbiran SPR dan mereka gagal menjawab isu-isu tersebut dengan tepat.

Share/Bookmark

DUKACITA SEBUAH KELUARGA MISKIN MENDEPAN KENAIKAN HARGA BARANG HARIAN: BAHASA DUKA YANG MENITISKAN AIR MATA!

Saya terpanggil untuk mengongsi secebis coretan hidup ini yang menimpa golongan berpendapatan rendah yang menerima akibat buruk dari inflasi yang bakal menjadi lebih parah tahun ini seperti yang saya sebutkan dalam posting mutakhir saya.
Ini hanya satu dari pelbagai cerita duka dalam negara yg mewah dianugerah kekayaan hasil mahsul dari Allah SWT.
Singalautmetro.blogspot.com (Jumaat, 7 Januari, 2011)

DUKACITA SEBUAH KELUARGA MISKIN: BAHASA DUKA YANG MENITISKAN AIR MATA!


“Bang…sardin tin besar ni minggu dulu hargnya RM5.70, tapi sekarang dah RM6.20!” dia meletakkan semula tin sardin jenama popular di rak sebuah pasaraya di Shah Alam tadi petang.
Kemudian anak kecilnya barangkali enam atau lima tahun saya terdengar merengek beberapa kali. “Abah…nak aiskrim!”
Si ibu yang sejak awal mengekori si suami memerhatikan harga pada setiap kali barangan dipegang, akhirnya separuh bersuara:” Adik…ibu tengok tadi aiskrim tu dah naik 30 sen. Nanti ibu buatkan aiskrim sirap kat rumah ya…” lembut suara si ibu separuh memujuk. Si ayah tersenyum tawar memandang saya.
“Belikanlah…” beritahu si ayah mengarah isterinya, barangkali tidak sampai hati melihat wajah anak kecil yang sayu itu. Sebelum ke baris sebelah untuk membelikan ais krim untuk anaknya, si ibu berbisik. Saya tidak mendengar langsung apa yang dicakapkannya kepada suaminya itu.
Hanya selepas isterinya pergi, si suami tanpa berselindung memberitahu saya. “Orang rumah saya tanya tadi, cukupkah duit yang saya bawa!” dan dia tergelak dua tiga kali tetapi kekehnya tawar dan hambar.
“Tak jadi nak belilah sardin ni!” katanya seolah-olah sedikit kecewa. “Nak tengok tempat lain nanti,” jawapnya.
Saya bertanya kenapa dia membeli sardin.
“Bukan apa bang. Orang susah macam saya ni kena simpan stok lauk. Nak beli ikan mahal..simpan lama pun tak boleh. Tapi kalau sardin ni, beli lima tin boleh tahan sebulan. Kalau dipanaskan tiga hari boleh makan lagi,” jawapnya selamba.
Saya terus tertunduk sebelum saya angkat muka memandangnya. “Sekarang kerja kat kilang lama ke?” saya tanya.
Dia mengangguk. “Dah berumur ni tak berani nak pindah kilang. Cuma gajinyalah. Dah 20 tahun kerja baru seribu lebih sikit ajer”
Saya tunduk semula memandang lantai simen pasaraya. “Anak yang dua orang tu belajar lagi ke?” saya tanya lagi.
Dia mengangguk laju-laju. “Seorang kat Unisel, seorang lagi kat Politeknik. Itu yang saya kena berjimat tu bang,” jawap lelaki yang saya kenal sejak berbelas tahun lalu.
DUKACITA SEBUAH KELUARGA MISKIN MENDEPAN KENAIKAN HARGA BARANG HARIAN: BAHASA DUKA YANG  MENITISKAN AIR MATA!
Kami tidak lama bersama. Sebelum pulang, saya sempat pelawanya untuk minum malam sebab lama kami tidak berjumpa.
Nak tahu apa jawapnya? “Maaflah bang…sebenarnya saya sibuk sangat. Bukan tak sudi. Lepas Maghrib nanti ada kerja! Saya buat part time jaga kat depoh bas, nak cari tambah-tambah duit,” katanya.
Sambil bersalam dia menyambung cakapnya. “Dapat empat ratus lagi bang sebab kerja part time ajer..Tapi badan ni dah rasa tak larat sangat. Tengok kaki ni..” dia menyelak pangkal seluarnya. “Ni bengkak dah bertahun ni. Entahlah…doktor cakap gout…” dia mengerutkan keningnya.
Memang saya tidak boleh berlama. Bukan saya tidak punya waktu untuk bersama dengan kenalan lama saya itu. Tapi dalam hati saya pedih, luka dan sebal. Kasihan fikir saya. Kasihan sangat drama kehidupan ini. Bolehkah kami berdepan realiti kehidupan sebuah negara maju nanti?



source: rakyatmarhein
Share/Bookmark