This is a nice opportunity for you to show off your work using this amazing, clean and minimalistic template for blogger!

Wednesday, July 27, 2011

REVOLUSIONE AROUNDE WORLE-SPANISH REVOLUTION (15 MAY)


For the last month, people from all over Spain have been walking to Madrid. These indignants marchs are the bearers of the participatory spirit that began with the May 15th protest movement. They have been organising assemblies in all the towns and cities along their way, exchanging ideas and experience, discussing problems and demands, and carrying direct democracy to even the most secluded hamlets.
The marchers will finally reach Madrid on Saturday July 23rd and, together with people from dozens of towns and neighbourhoods, will walk to the centre of the city to the rendezvous in Puerta del Sol, Madrid’s most emblematic square. During the day, as well as on the 24th and 25th, they will participate in actions, meetings, demonstrations, working groups, camps… The programme includes a number of meetings on international subjects where debates will focus on the content and action for the international mobilisation effort scheduled for October 15th, and the strengthening of world-wide communication and participation networks.
We’re delighted to extend this invitation to you to participate in this weekend’s intense activities, in this new opportunity to collectively occupy public space, sowing new seeds to continue to spread this revolution around the world.
more...
and more...jangan malas membaca

Sejak 15 Mei 2011, ratusan ribu anak muda yang dah bosan dengan sistem politik order lama telah bangun untuk reclaim their democracy dari elite politicians dan parti2 politik dalam sebuam sebuah revolusi demokratik bagi menuntut demokrasi yang lebih partisipatif dimana rakyat punyai lebih banyak suara dan kuasa dalam menenentukan polisi2 dan dasar2 negara.

Elemen paling menarik tentang revolusi ini ialah they are moving beyond from just the usual street protests, marches & occupations, tapi mula bereksperimentasi dengan model baru sistem demokrasi yang lebih radikal, proses baru collective participatory decision-making melalui "People's Assembly" yang diadakan di dataran2 awam di semua kota2 utama Sepanyol.

"we demand a democracy that that shows zero tolerence against corruption"


"NOBODY EXPECTS THE SPANISH REVOLUTION"

Share/Bookmark

NAKBA DAN MALAPETAKA

Setiap tahun pada 15 Mei warga Palestine akan menyambut Nakba. Tarikh ini bukan disambut dengan pesta-pestaan. Tarikh Nakba ini - 15 Mei 1948 - adalah tarikh entiti yang dipanggil Israel telah dipacakkan keatas bumi Arab. Justeru pada tarikh ini warga Palestine diseluruh dunia akan mengingati kembali hari musibah ini. 

Semenjak 15 Mei 1948 – warga Palestine telah berhadapan dengan segala macam kesangsaraan. Tanah mereka dirampas. Rumah merdeka diroboh. Mereka kehilangan harta benda. Kehilangan hak demokrasi. Kehilangan kampong halaman. Rakyat Palestine diserang, dibunuh dan dihalau dari kampong halaman. Sesiapa yang berani melawan akan dipenjara. 

Nakba 15 Mei adalah Malapetaka untuk warga Palestine. Nakba 31 Ogos adalah Malapetaka untuk Semenajung Tanah Melayu. Nakba ialah Malapetaka.

Saban tahun semenjak 31 Ogos 1957 Hari Malapetaka telah di rayakan di Tanah Melayu ini. Malapetaka yang menimpa warga Persekutuan Tanah Melayu ini tidak jauh bezanya dari yang sedang dialami oleh Nakba di Palestine.

Untuk memahami kembali sejarah kelahiran Malapetaka ini biar saya bawa kembali para pembaca kepada pensejarahan kelahiran hari Malapetaka ini. Hendaknya dapatlah kita semua memahami makna Malapetaka ini yang dieja dengan M huruf besar ini.

Awalnya, Perjanjian Anglo-Dutch 1824 telah memisahkan kepulauan Melayu kepada dua entiti – Semenanjung Tanah Melayu dibawah British dan Batavia di bawah Belanda. Pejanjian Anglo-Thai 1909 telah memisahkan pula 5 wilayah Melayu – Pattani, Jala, Setul, Singgora dan Menara. Wilayah ini menjadi tanah jajahan Siam hinga ke hari ini. Pada tahun 1874 melalui Perjanjian Pangkor kuasa kolonial Britsh telah memasuki jarumnya untuk menjajah Semenanjung Tanah Melayu.

Perjanjian Pangkor ini akhirnya membolehkan British menguasai seluruh Semenanjung Melayu. Akhirnya Tanah Melayu menjadi tanah jajahan British dibawa jagaan Raja England dan bukan lagi dibawah East India Company.

Penjajah Barat datang untuk mencari harta kekayaan. Di Tanah Melayu British telah bertemu dengan bijeh. British telah juga membuka ladang getah. Dua punca ekonomi ini menjadi bagitu penting sekali untuk perkembangan ekonomi kolonial British.

Untuk terus melipat gandakan keuntungan, kaum penjajah British telah membuka bumi Melayu kepada pendatang baru dari China dan India. Mereka telah dibawa masuk sebagai tenaga buruh oleh kuasa kolonial British. Dengan kehadiran buruh China dan buruh India ini maka lanskap Tanah Melayu berubah untuk selama-lamanya.

Dunia ini bergerak dengan hukum hakam alam. Hukum alam bergerak dan tidak berubah-ubah. Hukum ini menetapkan : dimana ada penindasan disana pasti akan ada penentangan. Hukum alam ini mula menapai dan mengampoh di Tanah Melayu. Hasilnya, Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuh pada tahun 1938. Ini adalah gerakan politik paling awal yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari British. 

Pada ketika ini Parti Komunis Malaya (PKM) telah wujud di Singapura.PKM pada ketika itu sedang menyusun kaum buruh China di kota-kota seperti Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Penentangan terhadap penjajah British dan kuasa modal penjajah ini telah melahirkan setiakawan diantara KMM dengan PKM. Ikatan setiakawan ini adalah kerjasama antara kaum tani Melayu dengan kaum buruh India dan China. Inilah bibit-bibit kelahiran negara bangsa.

Kesampaian Jepun pada tahun 8 Ogos 1941 telah meruntuhkan empire British. Dalam masa yang sama ikatan setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan telah diperkukuhkan. Perjungan bersenjata Tentera Rakyat Malaya Menentang Jepun – Malayan People Anti Japanese Army telah memperkukuhkan lagi setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu.

Apabila Jepun kalah perang pada bulan Ogos 1945 sekali lagi British Military Administration masuk untuk mengambil alih pentabiran Tanah Melayu. Tetapi semuanya telah berubah. Tanah Melayu kini bukan lagi Tanah Melayu sebelum perang Jepun. 

Kini gerakan nasionalisma telah mengampoh dan laungan kemerdekkan kedengaran disana sini. Telah wujud Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS) – semua ini adalah gerakan nasionalis kiri yang bangun berjuang untuk menghalau British dari Tanah Melayu.

British scara licik dan terancang telah mewujudkan apa yang dipanggil hingga ke hari ini - United Malay National Organisation. Ini adalah organisasi yang ditelor, yang dieram dan dinetaskan oleh penjajah British. Tarikh munculnya gerombolan United Malaya National Organisation – 1946 – agak lewat. Muncul sebagai reaksi terhadap gerakan nasionalis Melayu kiri yang mahu menghalau British. Dari segi sejarah, cukup jelas bahawa gerombolan ini diwujudkan untuk menjadi tali barut dan budak suruhan British.

Setiakawan antara bangsa-bangsa yang bangun menentang penjajah British telah melahir setiakawan yang baru. Perlembagaan Rakyat telah dilahirkan pada tahun 1947 oleh AMCJA-PUTERA. Ini adalah kerjasama setiakawan antara All Malayan Council Joint Action dengan organisasi massa Melayu bernama Putera. 

Perlembagaan Rakyat 1947
 ini cukup penting dalam sejarah pembentukan negara bangsa. Dalam Perlembagaan Rakyat ini sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu akan dinobat sebagai Melayu. Ertinya anak semua bangsa yang lahir di Tanah Melayu adalah Melayu. Ini adalah garis politik kiri yang paling radikal. Garis politik ini dan setiakawan anak semua bangsa telah mengoncang kekuatan kuasa kolonial British.

Untuk menumpaskan agenda kelahiran negara Bangsa Melayu ini, secara licik British melalui gerombolan United Malay National Organisation telah melaungkan slogan Hidup Melayu. Para pembaca yang budiman, perhatikan betul betul slogan ini. Slogan ini bukan laungan untuk menghalau British tetapi untuk menunjukan bahawa orang Melayu kurang oxygen.

Gerombolan United Malay National Organisation dengan kerja sama British telah memulakan dan menanamkan garis politik Melayu Melayu, China China dan India India. Maka lahirlah Perikatan. Politik perkauman ini amat baik untuk British. Ini adalah dasar pecah dan perintah. Dalam pertubuhan Perikatan masih lagi Melayu, China dan India. Berbanding dengan AMCAJA-PUTERA – badan ini adalah gabungan anak semua bangsa yang memanggil diri mereka Melayu. 

Projek Perlembagaan Rakyat 1947 telah digagalkan British. Akhirnya, pada 20 Jun 1948 pecahlah perang kolonial menentang British. Perang kolonial kali ini telah disertai oleh API, AWAS, Hisbul Musliminn, Malayan Democratic Union, PKM, KMM, PKMM dan ratusan patriot dan nasionalis anak semua bangsa. Mereka mengangkat senjata untuk mengahalau British dari Tanah Melayu.

Saya harap hingga ke tahap ini para pembaca telah dapat memahami pejalanan sejarah Tanah Melayu. Saya harap para pembaca telah dapat memahami dari mana munculnya gerombolan United Malay National Organisation, Malayan Chinese Association dan Malayan Indian Congress. Kesemua badan-badan ini adalah boneka British. Dari namanya kita telah tahu bahawa badan-badan ini dibentuk dan ditaja oleh penjajah British.

Mari kita lihat apakah yang telah dibuat oleh United Malaya National Organisation apabila rakyat Tanah Melayu pada thun 1948 bangun mengangkat senjata melawan British. Apa agaknya yang telah dilakukan oleh United Malay National Organisation? Sejarah membuktikan bahawa : Mereka bukan bangun menentang British tapi bangun berjuang menentang orang yang menentang British.

Jika tidak percaya apa yang saya tulis ini – sila bersabar. Pada bulan Ogos ini nanti – media milik United Malay National Organisation akan membuka kesah-kesah bodoh dimana puak-puak gerombolan tanpa segan dan malu akan membuktikan bahawa mereka dengan bangga telah menjadi barua British. Mereka akan mendabik dada mengatakan bagaimana mereka berjuang menentang komunis. Walhal, gerila Parti Konunis ketika itu sedang melawan British.

Ketika Shamsiah Fakeh, Abdullah Sidi, Rashid Maydin, Chin Peng
banguan mengangkat senjata – apa yang dilakukan oleh United Malaya National Organisation? 
Sejarah jelas membuktikan – gerombolan United Malay National Organisation telah bersubahat dengan British untuk menumpaskan gerakan bersenjata melawan British ini. 

Ketika anak semua bangsa bangun melawan British untuk mencapai Merdeka; gerombolan United Malaya National Organisation bangun berjuang melawan orang yang berjuang untuk Merdeka. Untuk saya kalau perbuatan ini bukan kerja barua British maka Rosmah Mansor itu masih lagi dianggap anak dara sunti.

Justeru, sebagai balasan menjadi barua yang setia , pada 31 Ogos 1957 penjajah British telah mengagihkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Tarikh 31 Ogos inilah yang menjadi Hari Malapetaka untuk Tanah Melayu. Tarikh ini adalah Nakba untuk anak semua bangsa di Tanah Melayu. Semenjak dari tarikh ini kita telah melihat satu demi satu musibah telah menimpa Tanah Melayu.

Untuk saya menobatkan 31 Ogos sebagai Hari Malapetaka bertujun untuk menilai kembali pensejarahan Tanah Melayu. Kita tidak perlu berselindung. Nakba di Palestine membolehkan tanah-tanah Palestine dirampas oleh kaum Zionis. Malapetaka di Tanah Melayu memperlihatkan ribuan hektar tanah rizab Melayu hilang dirampas oleh Zionis tempatan.

Pelentong, Chu Badak, Tasek Utara, Berembang, Kerpan hanyalah beberapa nama tanah asal Melayu yang dilupus. Paling akhir tanah Keretapi Api Tanah Melayu di Singapura lupus. Dan yang akan datang ialah tanah Kampong Baru dan Kampong Banda Dalam.

Malapetaka ini tidak berkesudahan. Lihat pula berapa ratus ribu anak semua bangsa menjadi mangsa ditahan tanpa bicara semenjak British mewujudkan Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1948. Paling akhir kita melihat 6 warga penyokong Bersih sedang ditahan tanpa bicara.

Berapa ribu pula warga yang telah gugur dan mati dibunuh dalam tahanan? Pernah saya terdengar suara dari parlimen menyatakan lebih dari satu ribu orang telah gugur semenjak sepuluh tahun dahulu. Nama seperti Altantuya, Beng Hock, Kugan, Francis, Aminulrashid dan Sarbaini akan terus bertokok tambah. Malapetaka ini masih berterusan.

Bulan Ogos kelihatan amat ironi untuk Tanah Melayu kerana 500 tahun – pada 10 Ogos 1511 – Portugis telah mendarat di Melaka. Pendaratan Portugis 500 tahun dahulu hanya akan dilihat sebagai satu titik dakwat hitam dalam sejarah Tanah Melayu berbanding dengan Malapetaka 31 Ogos.

Untuk pembaca yang muda biar saya ditunjukan disini bahawa Nakba di Palestine pada 14 Mei adalah hasil dari perancangan British. Manakala Malapetaka di Tanah Melayu pada 31 Ogos adalah juga hasil perancangan British. Nakba di Palestine berterusan hingga ke hari ini. Malapetaka di Tanah Melayu ini juga tidak akan reda-reda selagi gerombolan United Malay National Organisation tidak dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah.

<Tukar Tiub>
Share/Bookmark

dijemput "press confrence Nasi Lemak 2.0"

"Nyonya mencipta sambal, orang India memperkenalkan kari dan orang Melayu pandai menggunakan ikan bilis, inilah caranya kita 
menghasilkan sepinggan nasi lemak"<Nasi Lemak 2.0>


http://www.nasilemak2.com/
Share/Bookmark
i'am a part of the system..i deserve to know what the hell happening on my fucking system..no one can stop me..coz i'am the system
Share/Bookmark

Saturday, July 16, 2011

Big Boss Media Prima


2-3 minggu lepas aku ada terbaca laporan yang menhatakan bahawa Dato' Sri Ahmad Farid Ridzuan ditarik oleh orang-orang kerajaan untuk berkhidmat di jabatan-jabatan dibawah jabatan oerdana menteri. laporan itu juga menyatakan bahawa banyak desas desus yang menyatakan bahawa Dato' Sri Ahmad Farid Ridzuan berkemungkinan akan dilantik menjadi menteri penerangan uantuk penggal yang akan datang. hari ini, laporan baru pula menyusul, menyokong dan menguatkan lagi kesahihan laporan pertama tersebut. daripada sumber dan bukti gamba yang disiarkan. Dato' Sri Ahmad Farid Ridzuan telah di tugaskan sebagai dilantik sebagai penasihat komunikasi Najib Razak, isteri Rosmah Mansor. Dengan  jawatan bertaraf timbalan menteri, tidak hairanlah semua rangkaian media di bawah Media Prima boleh digunakan untuk menyebarkan propaganda kerajaan. walaupun ada yang mengatakan bahawa Dato' Sri Farid Ridzuan telah melepaskan jawatan CEO Media Prima,namun tidak mustahil beliau masih boleh mempengaruhi Media Prima dalam proses penyiarannya. 


agak-agak berapa la ganjaran yang diberikan kepada Dato' Sri Farid Ridzuan sehingga beliau dengan rela hati melepaskan jawatan CEO Media Prima yang sememangnya menjanjikan gaji yang besar untuk berkhidmat di JPM..well ni la businessman!

Share/Bookmark

Thursday, July 7, 2011

MALAYSIAN MOST WANTED PERSON beb..

Seramai 66 orang adalah dari Bersih, 14 melibatkan Perkasa dan 11 dari Pemuda Umno.

Berikut ialah senarai nama mereka yang dilarang memasuki ibu negara pada Sabtu ini.


Perkasa
Datuk Ibrahim Ali

Datuk Ab Rahman Abu Bakar

Syed Hassan Syed Ali

Irawah Fahmi Ideris

Roslan Kassim

Sharifuddin Abd Hamid

Dr Zubir Harun

Ameir Hassan

Datuk Ahmad Saad

Ahmad Zaini Ismail

Muhammad Zaid Md Arip

Abdullah Mansor

Zaira Jaafar

Norkhaila Jamaludin


PEMUDA UMNO

Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Datuk Megat Firdouz Megat Junid

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Megat Zulkarnaian Omardin

Rizalman Mokhtar

Tengku Azman Tengku Zainol Abidin

Lokman Noor Adam

Datuk Abdul Azeez Rahim

Ungku Saleh Ungku Jamal

Arman Azha Abu Hanifa

Tun Faisal Ismail Aziz



BERSIH
Datuk Ambiga Sreenevasan

Mohamad Sabu

Hishamuddin Md Rais

Khairul Anwar Ahmad Zainuddin

Maria Chin Abdullah

Chua Tian Chang

Kamarulzaman Mohamad

Dr Mohd Hatta Md Ramli

Syed Shahir Syed Mohamud

Syed Ibrahim Syed Noh

Teresa Kok Suh Sim

Badrul Hisha Shaharin

Shamsul Iskandar bin Mohd Akin

Arutchelvam A/L Subramaniam

Wong Chin Huat

Ong Boon Keong

Enalini A/P Elumalai

Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim

Datuk Khalid Yunus

Datuk Zulkifli Noordin

Dr Zubir Harun

Datuk Seri Abd Hadi Awang

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Lim Kit Siang

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Nurul Izzah Anwar


Kohila Yanasekaran

Zaid Kamaruddin

Khoo Teng Swee

Fadiah Nadwa Fikri

Yap Swee Seng

Salahuddin Ayub

Datuk Mahfuz Omar

Nasrudin Hasan

Mazlan Aliman

Dr Syed Azman Syed Nawawi

Dr Dzulkifli Ahmad

Dr Mujahid Yusof

Khalid Abd Samad

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin

Azman Shapawi Abd Rani

Suhaizan Kaiat

Nor Azli bin Musa

Mohd Firdaus Jaafar

Loke Siew Fook

Lau Wen San

Mohd Azmin Ali

Mat Shuhaimi Shafie

Satipul Bahari Amamt

Wan Hassan Mohd Ramli

Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini

Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin

Muhammad Hilman Idham


Mohd Shukri Che Ab Razab

Mohd Syukri Kamaruddin

Ahmad Syazwan Muhammad Hasan

Choo Chon Kai

Sarasvathy Muthu

Soh Sook Hwa

Nurul Izham Nurul Anuar

Abd Rahim Osman

Mohd Sibri Ismail

Mohd Lukam Muda

Datuk Prof Kamaruddin Kachar

Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah


The Malaysian Insider
ADA BEBERAPA TOKOH FEVRET AKU DALAM LIST LAA..alamak tukar tiub tak bole buat liputan la camni..

Share/Bookmark

Monday, July 4, 2011

Anak Kecil Main Api (Nafas Baru) feat. Budak Kecik


MASA DEPAN SUNGGUH KELAM
MACAM ITU SATU KAPAL SELAM
BOLEH SAJA TIMBUL TAK BOLEH MENYELAM
BERJUTA DUIT DAH KENA BAHAM

KINI KITA CUMA TINGGAL KUASA
SEBAB DUIT SUDAH TAK ADA
KITA SYOK SENDIRI MENARA TERTINGGI
TERPANJANG TERBESAR ITU INI





Share/Bookmark