This is a nice opportunity for you to show off your work using this amazing, clean and minimalistic template for blogger!

Saturday, February 12, 2011

ANALISIS PRK N.05 TENANG (download powerpoint)


klik untuk DOWNLOAD analisis PRK n05.tenang
Share/Bookmark

I.S.A-MEOR (lirik&mp3)

RAKUS!
kau perkosakan jiwa rakyat
kau rampas anugerah kurniaan illahi
apakah ertinya kebabasan 
dibawah belenggu kau
apakah ertinya kemerdekaan 
di bawah pengaruh kau


FITNAH!
kau lontaran tohmahan kau
kau palitkan arang kemukaku
apakah etinya maruah dibawah 
fahaman kau
apakah ertinya hak dibawah 
telunjuk kau


ISA ikut suka aku kau kata
ISA ini seksaan aku kau kata (2x)


ZALIM!
kau seksa jiwa rakyat
deraanku menjadi hilai tawa kau
kebebasanku menjadi percaturan kau
kemanusiaanku menjadi mainan kau
kesejahteraan negara kau kata
kedewasaan negara kau kata


ISA ikut suka aku kau kata
ISA ini seksaan aku kau kata 2x


akan kami leraikan jasad kau 
akan kami leburkan jiwa kau
akan kami lenyapkan emas kau
akan kami kuburkan kamu


ISA BANGSAT! KORAP! ZALIM!
ISA inilah seranah rakyat terhadap kau


ISA ikut suka aku kau kata
ISA ini seksaan aku kau kata 2x


klik untuk download
Share/Bookmark

MEMBENARKAN KEBODOHAN-MEOR (liril&mp3)

siapa agaknya 
yang membenarkan kebodohan
tidur terlentang 
dalam kehidupan
menjerit-jerit
tentang kematian
pekik lolongnya..kosong


siapa agaknya 
memberi izin 
kepada kebodohan
datang kerumah kami
semadikan diri dijiwa..kami 


bicaranya bohong
janjinya bohong
semangatnya bohong
juangnya bohong bohong bohong 


siapa agaknya 
memberi izin 
kepada kebodohan datang kerumah kami
semadikan diri dijiwa kami kami


bicaranya bohong
janjinya bohong
semangatnya bohong
juangnya bohong bohonh bohong bohong bohong 


siapa agaknya 
yang meletakkan kebodohan 
di tempat yang amat tinggi
tentunya saja siapa itu 
adalah kami yang berjalan berkaki ayam kerana sepatu kami tertinggal dirumah
bapak menteri bapak menteri,bapak menteri,bapak menteri 


bicaranya bohong
janjinya bohong
semangatnya bohong
juangnya bohong bohong bohong 
bohong bohong bohong


siapa agaknya 
yang meletakkan kebodohan 
di tempat yang amat tinggi
tentunya saja siapa itu 
adalah kami yang berjalan berkaki ayam kerana sepatu kami tertinggal dirumah
bapak menteri bapak menteri,bapak menteri,bapak menteri 


klik untuk download..but low quality..hehe




Share/Bookmark

Thursday, February 10, 2011

DOWNLOAD BUKU JINGGA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA PAKATAN RAKYAT
Share/Bookmark

Friday, January 14, 2011

IPT Perlu Didik Makna Hidup

Oleh: YB Datuk Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

Bulan ini ialah musim kemasukan ke universiti. Di sebalik kesibukan rutin seperti mendaftar dan mengorientasi mahasiswa baru, menyelesaikan masalah calon yang baik akademiknya tetapi tidak mendapat tempat, serta berempati kepada calon yang cemerlang kokurikulumnya tetapi tidak diiktiraf sistem semasa, adalah mustahak untuk kita juga menggunakan musim ini untuk bermuhasabah tentang apakah sebenarnya yang diajar kepada mahasiswa.

Muhasabah ini perlu bermula dengan pandangan alam yang tepat terhadap budaya ilmu, matlamat dan peranan pendidikan dan universiti serta betapa pentingnya dikembalikan roh universiti. Seterusnya, muhasabah ini perlu merenung sejauh manakah kita mendidik mahasiswa dengan makna kehidupan.

Mengapakah kita perlu menilai perkara ini? Kerana kita jarang berbicara tentangnya hari ini. Kita berbicara tentang banyak perkara, seperti kebolehpasaran, penyelidikan, penarafan dan sebagainya. Semua ini benar dan penting. Tetapi kita hampir tidak berbicara soal makna kehidupan.

Kita berbicara tentang kemahiran insaniah seperti berkomunikasi dan berfikir secara kritis. Tetapi, adakah pemikiran kita tepat apabila kita mengajar mahasiswa kemahiran berkomunikasi sedangkan mereka tidak dididik tentang makna komunikasi, dan ketika sesetengah saluran komunikasinya terhalang?

Kita mengajar supaya mampu mengkritik sedangkan mereka tidak dididik tentang makna kritik, dan ketika kritik selalu tidak hadir di dalam kelas, serta ketika kita menambah adjektif kepada kritik, dengan menjadikannya "kritik positif", sedangkan kritik memang dengan sendirinya adalah positif.

Menurut Anthony T. Kronman (2007) dalam bukunya Education's End, sejarah universiti dalam konteks mendidik makna kehidupan boleh dibahagikan kepada tiga tahap.

Tahap pertama ialah ketika pendidikan kolej (ketika itu belum digelar universiti, misalnya dalam perkembangan Universiti Harvard) berada atas premis bahawa matlamat kehidupan manusia bukanlah sesuatu yang layak menjadi salah satu subjek yang diajar, tetapi ia adalah satu-satunya subjek yang diajar, atau ia subjek yang diajar sebelum diajar subjek-subjek yang lain. Ketika itu, pengajaran makna kehidupan dogmatik pendekatan dan kandungannya.

Tahap kedua ialah zaman humanisme sekular. Makna kehidupan terus menjadi subjek yang tersusun dalam program ijazah pertama. Ia tidak lagi dogmatik. Tetapi, ia hampir dihadkan dalam bidang sains kemanusiaan sahaja.

Manakala tahap ketiga ialah saat kita berada kini. Persoalan makna kehidupan hampir tidak lagi diiktiraf sebagai satu subjek yang layak diajar, hatta dalam sains kemanusiaan - iaitu jika sains kemanusiaan masih wujud - di kebanyakan universiti.

Kita tidak semestinya perlu kembali ke tahap pertama dan kedua dalam sejarah di atas. Apa yang penting ialah universiti perlu mencari jalan untuk memastikan bahawa persoalan makna kehidupan sentiasa berada dalam arus perdana pemikiran akademik dan berkesinambungan sebagai subjek yang diajar dengan tersusun.

Kita perlu melakukan ini untuk membantu mahasiswa mencabar perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan, yang akan mempersoalkan kedudukan dunia dan moral semasa. Misalnya, adakah kebenaran dan keadilan lebih mulia daripada kekayaan dan kecantikan? Adakah demokrasi memberikan ruang untuk nilai merendah diri?

Ini penting kerana matlamat pendidikan universiti bukan secara utama atau semata-mata untuk menyediakan mahasiswa bagi kerjaya masa depan dengan mengajarnya ilmu yang khusus yang diperlukannya untuk pekerjaannya, walaupun menyediakan mahasiswa untuk kebolehpasaran bukan kesalahan.

Sebaliknya, secara fundamental, universiti perlu menyediakan mahasiswa untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran kehidupan yang komprehensif dengan mendidik mereka dengan apa yang disifatkan oleh Alexander Meiklejohn sebagai latihan dalam "seni kehidupan". Ia bermaksud membantu mahasiswa melengkapkan diri dengan seni ini dan bukan untuk membekalkannya dengan kemahiran terhadap sesuatu pekerjaan yang lebih terhad sifatnya.

Mahasiswa hari ini umumnya (usah persalahkan mereka) datang ke universiti dengan kepercayaan bahawa pilihan yang paling penting yang perlu dibuat ialah tentang kerjaya. Kebanyakannya mempunyai asumsi bahawa kehidupan yang sempurna hanya dapat diraih melalui saluran-saluran kerjaya.

Tetapi kerjaya - apa-apa kerjaya sekalipun - mempunyai horizon yang lebih sempit daripada kehidupan seseorang manusia yang memegang kerjaya tersebut. Tidak kira sejauh mana kepentingan, impak ataupun keuntungan sesuatu kerjaya itu, sebagai kerjaya, ia tetap hanya sekadar sebahagian daripada kehidupan.

Persoalan akan sentiasa timbul tentang di mana dan bagaimana letaknya sesuatu kerjaya itu dalam kehidupan seseorang. Persoalan ini menjadi lebih penting semakin seseorang itu meningkat umurnya, dan menjadi lebih genting apabila seseorang itu menjangkau hujung kehidupannya, iaitu apabila ia perlu hidup di luar pegangan apa-apa kerjaya.

Manusia tidak akan mendapat jawapan terhadap persoalan ini dari dalam horizon sesuatu kerjaya. Persoalan ini muncul, dan mampu dijawab, hanya daripada sudut pandangan kehidupan manusia yang komprehensif. Manusia tidak akan memiliki sudut pandangan ini jika tidak dididik dengan makna kehidupan. Justeru, universiti perlu mendidik mahasiswa tentang makna kehidupan.

Bagi melengkapkan muhasabah ini, kita juga perlu menilai makna universiti. Contohnya, sejauh manakah kita masih berada di atas landasan meningkatkan kualiti pendidikan Islam dan Islamisasi ilmu yang bertujuan mengembalikan kekuatan umat Islam dalam pelbagai disiplin ilmu, iaitu seperti yang dipelopori, antara lain, oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas (1980), dalam bukunya The Concept of Education in Islam dan Ismail Raji al-Faruqi (1982), dalam bukunyaIslamization of Knowledge: General Principles and Work Plan.

Adakah kita masih di hadapan dalam kebitaraan pendidikan tinggi Islam yang moden dan prgoresif? Atau kini kita mula disaingi oleh kebitaraan baru di sebuah negara Timur Tengah yang dahulunya kita anggap terkebelakang?

Di samping itu, kita juga perlu bermuhasabah tentang makna kecemerlangan para pensyarah universiti. Membaca buku Michele Lamont (2009), How Professors Think, menjadikan kita banyak bertanya tentang selok belok penilaian dalam dunia akademik.

Antara persoalannya ialah sejauhmanakah seseorang daripada bidang yang berlainan yang berkuasa menafsirkan penilaian terhadap orang lain yang datang daripada bidang yang berlainan mampu melakukannya dengan terbaik?

Adakah penekanannya terhadap sesuatu bentuk penghasilan, contohnya penulisan jurnal, sentiasa merupakan yang terbaik bagi bidang lain yang penekanannya mungkin dalam bentuk penghasilan yang berbeza, contohnya penulisan buku?

Sesungguhnya makna kehidupan adalah jauh lebih besar daripada tulisan kecil ini. Kita perlu menyertai perjalanan memburunya dengan keberanian, ketulusan dan kesabaran.

Share/Bookmark

Monday, January 10, 2011

"Kotornya" PRK..


ramai beranggapan bahawa kawasan yang akan menghadapi pilihanraya kecil ialah kawasan yang beruntung. mana tidaknya  kerana PRK ini akan memeberikan impak yang baik terutamanya kepada pembangunan kemudahan. seperti jalan raya baru. sekolah baru.buat jalan berlarutan sehingga lewat malam.

itu semua dapat dilihat dari mata kasar, dari perspek biasa. tapi bila dilihat dari sudut yang jarang dilihat oleh orang awam,yang tidak disedari oleh orang awam.

sebenarnya sewaktu prk ni lah tempat pertandingan ilmu2 hitam2.ilmu2 batin

baru baru ini alhamdulillah aku berpeluang menyertai satu majlis anjuran satu pertubuhan.

majlis dimaksudkan ialah majlis untuk melumpuhkan segala macam jenis sihir yang digunakan oleh salah sebuah parti yang akan bertanding dalam PRK yang akan datang.

majlis dipimpin oleh seorang pengamal perubatan islam yang amat warak lulusan pondok yang mashur.

antara upacara majlis tersebut ialah menbaca selawat2 dan wirid2 yang amat jarang diamalkan oleh orang awam.kemudiannya diteruskan oleh membaca surah yasin sebanyak 100 kali. kemudiannya disudahi dengan solat hajat. majlis berakhir jam 5.15 pagi.sememangnya satu pengalaman yang amat berharga.

selesai majlis aku sempat berborak dengan uztaz tersebut. dia mengatakan  kawasan pilihanraya adalah satu kawasan yang amat kotor,bukan lah bertuah, kerana disini segala macam ilmu sihir berkampung.

beliau merupakan ketua keselamatan sebuah pertubuhan. bertanggungjawab menjaga keselamatan petugas2 pilihanraya.

isu petugas terkena sihir adalah perkara yang sudah lali dan biasa dalam scene PRK.

PRK adalah lebih kotor berbanding PRU.hal ini kerana PRK mendapat tumpuan lebih kerana semua jentera akan tertumpu dikawasan tersebut.
dikatakan terdapat sebuah pihak yang mengimport tok2 dukun dari negara jiran untuk memenangi pilihanraya tersebut.

sihir tersebut biasanya ditujukan kepada orang2 awam, untuk mempengruhi pandangan dan fikiran orang awam untuk mengundi pihak mereka.

salah satu cara untuk mereka mensihir orang awam ialah dengan mencampurkan dalam makanan. jadi orang awam dinasihatkan agar berhati2 menghadiri majlis2 dalam masa kempen pilihanraya.

ceh dah macam cerita hantu la pulak...


Share/Bookmark

Criminogenic Risk

ciri-ciri pelaku Mereka yang secara langsung berkaitan dengan meneliti penyebabkejahatan. Faktor risiko juga langsung berkaitan dengan kemungkinan kembalimenyinggung. Faktor risiko yang digunakan dalam pengurusan pelaku jenayah untukmemprediksi perilaku masa depan dan untuk menetapkan tahap dan jenisperkhidmatan perubatan.


sumber:http://crime.about.com
Share/Bookmark