This is a nice opportunity for you to show off your work using this amazing, clean and minimalistic template for blogger!

Monday, August 23, 2010

BUDAYA PEMALAS SANG TUKANG CAT

la ni..semenjak dua menjak nie..aku tengok bnyk media melaporkan kes tukang-tukang cat yang dah tak amanah..dah malas nak wat kerja..dah tak adil..tak bertanggungjawab..dah malas nak cat betol2..men simbah2 je kan..mybe nk wat abstrak kot..or mybe banyak sangat TENDER dari pihak tertentu.. FROM THE VIEW OF MINE 






Sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban telah disimbah dengan cat merah awal pagi ini.

Cat merah itu disimbah pada bahagian belakang surau tersebut.

Kejadian itu disedari oleh jawatankuasa surau tersebut pagi ini dan kemudiannya membuat laporan polis.

Surau tersebut baru beberapa minggu digunakan dan belum berpagar.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang juga ADUN Lobak, Anthony Loke pergi ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenainya.

Beliau ke situ bersama ADUN Temiang Ng Chin Tsai dan dan ADUN PKR Sikamat, Aminuddin Harun.

Menurut Anthoy, serpihan botol arak yang dipercayai diguna untuk mengisi cat merah ditemui di situ.

Difahamkan, surau tersebut baru siap dibina kira-kira sebulan yang lalu.
Menurut Anthony lagi, polis telah pergi ke tempat kejadian untuk menyiasat dan mengambil kenyataan daripada jawatankuasa surau berkenaan.
Tin cat ditemui
Manakala Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Negeri Sembilan, ACP Zaki Masroh pula berkata, polis menemui satu tin cat dan dua penutup tin cat.

Oleh itu, beliau berkata, polis percaya dua tin cat telah digunakan.

Menurutnya lagi, di satu bahagian surau tersebut, polis menemui pecahan kaca yang dipercayai pecahan botol arak, atas tanah dekat tingkap surau tersebut.

Berdasarkan bekas di kaca tingkap, katanya, polis percaya botol arak itu dibaling ke arah tingkap tersebut. 

Bagaimanapun, katanya, kaca tingkap itu tidak pecah tetapi sebaliknya botol yang dibaling itu yang pecah.
Perbuatan khianat
Sementara itu, Bernama melaporkan pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail, berkata kejadian itu disedari oleh jemaah surau semasa solat subuh pagi ini dan memaklumkan kepadanya.

"Kejadian ini saya rasa berlaku antara 3.30 pagi dan 4 pagi dan saya telah membuat laporan polis secara rasmi," katanya.
Mohd Hasbi berkata selain empat botol arak dibaling di hadapan bangunan surau, terdapat kesan cat warna merah di dinding, lantai dan pintu cermin bahagian kanan surau.

"Saya rasa amat sedih dan kesal atas kejadian yang berlaku kerana mencemari rumah ibadat orang Islam dan kesucian bulan Ramadan," katanya.

Surau yang tidak berpagar itu baru digunakan pada 24 Julai lalu.

"Saya anggap ini adalah satu perbuatan khianat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Saya tidak tahu apakah motif sebenar mereka yang melakukan kerja ini dan berharap pihak polis akan menyiasat sehingga tertangkapnya mereka yang terlibat dan dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.
(source by malaysia kini)



Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment