This is a nice opportunity for you to show off your work using this amazing, clean and minimalistic template for blogger!

Tuesday, June 21, 2011

DEKLARASI JANDA BAIK


Memandangkan keadaan politik negara yang gawat, cabaran dan gugatan terhadap kepimpinan Melayu yang lemah oleh pihak-pihak tertentu, dari dalam dan luar negara serta keadaan ekonomi dunia yang kucar kacir dewasa ini, maka KAMI, para penulis, wartawan dan blogger yang prihatin terhadap nasib Bangsa, Agama dan Tanah Air, yang bersidang di Janda Baik, Pahang mengambil sikap dan pendirian seperti berikut:-

1. KAMI mendesak dan menuntut agar para pemimpin Melayu dari berbagai fahaman politik mengembelengkan tenaga, kerjasama dan buah fikiran demi mempertahankan keluhuran dan kekeramatan PERLEMBAGAAN MALAYSIA TANPA KOMPROMI.

2. KAMI memberi amaran kepada para pemimpin politik Melayu dari semua fahaman ideologi agar jangan menjadi pemimpin Pak Pandir yang hanya menang sorak tetapi kampung halaman dan negara terjual kepada pihak asing.

3. KAMI juga memberi amaran keras kepada pihak-pihak tertentu yang memainkan sentimen perkauman dan mempertikaikan HAK ISTIMEWA MELAYU sepertimana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGARA agar jangan mencetuskan permusuhan antara kaum, antara agama dan antara budaya oleh kerana mereka menganggap kepimpinan Melayu lemah dan boleh diperdagangkan untuk memenuhi agenda perkauman mereka.

4. KAMI juga memberi amaran keras kepada para pemimpin Melayu, khasnya UMNO, agar mereka jangan menjadi pengkhianat BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR hanya kerana didorong oleh nafsu kekayaan kebendaan, kuasa yang dipinjamkan Allah, hingga melupai tanggungjawab mereka terhadap generasi Melayu akan datang.

5. KAMI menggesa seluruh umat Melayu yang menjadi para pejuang BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR tanpa mengira aliran politik agar memilih barisan pemimpin mereka yang terbaik dan bersih dari korupsi, berbagai skandal yang memalukan, yang berwibawa, berilmu dan berjiwa dinamik untuk menerajui kerajaan dan badan-badan amanah lainnya.

6. KAMI memberi peringatan dan teguran ikhlas bahawa UMNO mesti melakukan revolusi mental dan perombakan pemikiran yang dekaden, konservatif, materialistik yang melampau, anti ilmu, berpuak-puak, mementingkan diri, kaum keluarga dan para kroni hingga sanggup memperjudikan nasib BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR.

7. KAMI memberi amaran keras dan peringatan yang tulus ikhlas bahawa kepimpinan UMNO yang lemah, korup, rakus dan gila kuasa boleh menggerhanakan masa depan generasi muda Melayu dan rakyat yang telah memberikan sokongan mereka sejak 51 tahun UMNO memimpin kerajaan Malaysia.

8. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa agar jangan terlalu banyak berkompromi dengan golongan-golongan tertentu yang mempunyai agenda tertentu untuk melemahkan kepimpinan Melayu.

9. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa bahawa kelemahan kekuasaan politik Melayu akan membawa kehancuran dan penghapusan kuasa orang Melayu di bumi Malaysia yang bertuah ini.

10. KAMI menyeru dan menggesa rakyat Melayu bertindak proaktif dalam berbagai bidang kehidupan untuk menjamin kekuasaan politik Melayu tidak terhakis dan ketuanan Melayu dan Islam kekal subur selagi ada matahari dan bulan

11. KAMI merafak sembah memohon agar Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu mempertahankan kedaulatan baginda seperti mana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA dengan memberi sokongan moral kepada perjuangan umat Melayu dan Islam dalam berbagai lapangan hidup. Perlulah dihayati kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu akan berterusan sekiranya rakyat Melayu dan umat Islam memperjuang dan mempertahankan institusi Raja tersebut.

12. KAMI dengan penuh takzimnya memohon Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan kaum kerabat baginda agar jangan mengkhianati dan melakukan sesuatu tindakan yang boleh menjejaskan institusi Raja dan melukai perasaan umat Melayu yang mempertahankan institusi Raja selama ini.

13. KAMI juga menyeru kepada kerajaan agar melaksanakan KEADILAN dan TANGGUNGJAWAB sebagai pemerintah kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum memandangkan Malaysia negara majmuk.

14. KAMI ingin memberi peringatan kepada bukan Melayu agar berpegang teguh pada kontrak sosial dan PERLEMBAGAAN NEGARA demi menjaga keharmonian hubungan antara kaum serta kesejahteraan dan keamanan yang kita sama-sama mempertahankannya.

15. KAMI yakin dan percaya bahawa Kebebasan suara Rakyat dan amalan Demokrasi mestilah dipertahankan oleh kerana rakyat yang memberi mandat dan amanah kepada parti-parti politik tertentu untuk berkuasa. Oleh hal demikian KAMI akan bekerjasama dengan siapa saja, dan dari golongan mana sekali pun, demi memperjuangkan hak dan kebebasan Rakyat serta amalan Demokrasi di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Inilah deklarasi yang tulus ikhlas yang KAMI abadikan sebagai cetusan rasa dari buah fikiran KAMI demi memperjuangkan hak dan kepentingan Rakyat, Keamanan dan Kesejahteraan Negara Malaysia.

KAMI rakamkan cetusan hati nurani Rakyat yang bernama DEKLARASI JANDA BAIK, bertempat di kediaman Sdr Syed Hussein Al-Attas, bertarikh 26 Oktober 2008.

Share/Bookmark

BERHIMPUN UNTUK JADI HARAM

JANGAN SEMANGAT TURUN KE JALAN KALAU TAK TAHU SEPATAH HARAM,


JANGAN ASYIK NAK MELAWAN KALAU KAU SENDIRI MACAM HARAM,


JANGAN ASYIK NAK BERDEMO KALAU TAK TAHU SEPATAH HARAM,


JANGAN ASYIK NAK MELAUNG KALAU SENDIRI MACAM HARAM,



we'll carry on!

I'm not afraid to take a stand
Everybody come take my hand
We'll walk this road together, through the storm
Whatever weather, cold or warm

Share/Bookmark

INI LAGI BERSIH





KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA
PARTI KEADILAN RAKYAT

20 JUN 2011


Bersih 2.0: Ugut dan Ancamlah Apa Saja, Rakyat Tetap Ke Jalanraya!

Angkatan Muda Keadilan Malaysia ( AMK) menegaskan bahawa 

perhimpunan aman Bersih 2.0 adalah hak rakyat Malaysia keseluruhannya 

yang selaras dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia untuk berhimpun 

secara aman dan menyatakan pendirian bagi membersihkan perkara yang 

tidak adil dalam perjalanan pilihanraya Malaysia.


Justeru AMK Malaysia ingin memberikan respon kepada kenyataan-

kenyataan yang dibuat secara berangkai oleh Umno, Perkasa dan pihak 

polis mengenai isu perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 

Julai 2011 hadapan yang menampakkan kedangkalan dan sikap tidak 

matang berhadapan dengan suara-suara rakyat.


AMK ingin menegaskan hak rakyat perlu dihormati kerana jelas 

perhimpunan besar tidak akan mengancam keselamatan negara malahan 

ia memperkukuhkan tunjang keamanan dan perlembagaan kerana BERSIH 

2.0 berhasrat memperbaiki dan menjadi pencetus kepada gerak kerja agar 

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kerajaan lebih sensitif dan peka 

terhadap perlunya perjalanan pilihanraya yang adil untuk semua pihak.


AMK ingin membalas semua 'kerisauan' yang ditimbulkan oleh Umno, 

Perkasa, dan Polis ini dengan satu pertanyaan sahaja: "mengapa mereka 

perlu takut dengan perhimpunan Bersih 2.0 sekiranya mereka yakin sistem 

Pilihanraya yang diselenggara oleh SPR di Malaysia benar-benar telus dan 

bersih?"


Sewajarnya, mereka tidak perlu risau dengan perhimpunan ini sekiranya 

mereka yakin di pihak yang benar. Untuk apa dibantah dan dibanteras 

satu perhimpunan yang dianjurkan untuk menentang sistem yang betul?


Kerisauan mereka ini hanya memperlihatkan bahawa setiap dakwaan 

Pakatan Rakyat dan NGO-NGO yang konsisten memperjuangkan sistem 

pilihanraya yang adil dan telus di Malaysia adalah kukuh dan berasas. 

Justeru, segala bentuk ancaman khususnya daripada Umno, Perkasa dan 

pihak polis sendiri adalah sesuatu yang sia-sia dan memalitkan muka 

mereka dengan ludah mereka sendiri.


Sistem pilihanraya yang adil dan telus bukan menguntungkan KEADILAN 

ataupun rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya ia 

menguntungkan rakyat kerana suara mereka diterjemahkan dengan betul 

tanpa sebarang manipulasi. Usaha menakut-nakutkan rakyat dengan 

mengancam rakyat daripada turun berhimpun adalah satu tindakan yang 

pramatang, kerana biar apa jua bentuk ancaman diberikan kepada rakyat, 

perhimpunan ini akan tetap diteruskan.


AMK meyakini bahawa hanya sistem Pilihanraya yang adil dan telus 

sahaja barulah rakyat akan terjamin hak mereka tanpa mengira siapapun 

yang membentuk kerajaan. Demi rakyat, sebuah kerajaan yang jujur dan 

amanah melalui wakil-wakil rakyat yang bertanggungjawab harus 

diwujudkan, dan ini hanya boleh dilaksanakan melalui sistem pilihanraya 

yang adil, telus dan bersih.


AMK menyarankan kepada Pemuda Umno dan Perkasa agar tidak 

membuang masa dengan mengugut rakyat. Jangan memperbodohkan 

rakyat dengan sistem yang menindas, sebaliknya belajarlah berhadapan 

dengan kuasa rakyat secara bermaruah. Biar apa jua keadaan yang 

mendatang, AMK akan terus berada di barisan hadapan untuk membawa 

rakyat merempuh sistem pilihanraya yang tidak telus melalui Perhimpunan 

Bersih 2.0 kelak.

Khairul Anuar Ahmad Zainuddin
Timbalan Ketua AMK Malaysia
019-2057498




MENYOKONG MENEGAKKAN HAK BERHIMPUN SECARA AMAN SEPERTIMANA DIPERUNTUKAN DALAM PERLEMBAGAAN


http://bersih.org/
Share/Bookmark

Thursday, June 16, 2011

WOMEN2DRIVE campaign|perjuangan rakyat atau orang luar?



                                        


kempen women2drive semakin hangat di arab saudi berikutan pembebasan Manal Al-syarif.Manal Al-syarif,32 merupakan seorang specialist IT WANITA. Manal Al-syarif juga merupakan salah seorang female activist yang aktif.  Manal Al-syarif telah ditahan berikutan tindakannya mengetuai kempen yang membolehkan wanita di negaranya dibolehkan memandu kenderaan. Pihak berkuasa menahan  Manal Al-syarif setelah dia memuat-naik sebuah video yang merakamkan dirinya memandu kenderaan.

 

tapi sekarang,nampaknya isu ni telah diperbesarkan oleh pihak-pihak luar yang tiada kena mengena dengan negara arab saudi. adelah tu maksud tersiratnya tu..
 Manal Al-syarif telah meluaskan kempen tersebut di facebook.like page Women2drive untuk tengok2..like x semestinya tanda kita menyokong dan tidak like x semestinya tanda kita x sokong.






Share/Bookmark

Wednesday, June 15, 2011

OPERATION MALAYSIA|salah siapa?





From: TechUnderscored  | Jun 12, 2011  | 32,352 views
Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world's strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor.




We are Anonymous.
 http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/6/14/nation/20110614081623&sec=nation
http://en.wikipedia.org/wiki/Anonymous_%28group%29#Activities

Anonymous, sebuah pertubuhan “hacktivist” antara terbesar di dunia akan melancarkan serangan siber (hacking) ke atas laman web kerajaan Malaysia (http://www.malaysia.gov.my) pada 15 Jun 2011.

Menurut video dan maklumat yang diberikan oleh Anonymous di laman Twitter dan YouTube, tujuan mereka melancarkan serangan ke atas laman web kerajaan Malaysia adalah berikutan tindakan “censorship” dan “blocking” beberapa website seperti Wikileaks dan PirateBay.
Anonymous juga menegaskan bahawa pengguna Internet tidak perlu ditindas dan disekat oleh sesebuah Kerajaan. Dan perbuatan menghalang akses internet tanpa kerelaan pengguna adalah tidak patut kerana boleh dianggap mencabuli hak asasi manusia.

Share/Bookmark

Tuesday, June 14, 2011

dijemput BERSIH 2.0








log in FB..check notification,owh bnyk..tp yang best pege bersih dua invite to join PELANCARAN PERHIMPUNAN BERSIH 2.0: BERSIHKAN PILIHAN RAYA


bila ?        : sunday, june 19 2030-2230
mana?      : Main Hall, Selangor Chainese Assembly Hall (SCAH), 1 Jalan Maharajalela    
                  Kampung Attap50150 Kuala Lumpur






View KL Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) in a larger map
Parking: Available
Public transportation: Maharajalela Monorail station (3-min walk to KLSCAH)
Surroundings: 10-min walk from Petaling Street



wadehell bersih ni?..yang dok p kecoh2 kt RTM TV3 UTUSAN BERITA HARIAN nie..haha


BERSIH 2.0 telah menuntut reformasi pilihan raya selama ini namun tuntutan kami langsung tidak diberikan perhatian.

Masa telah tiba untuk pihak-pihak yang diamanatkan untuk menguruskan negara untuk “mengambil kira pendapat-pendapat rakyat jelata”. Di seluruh dunia, suatu gegaran untuk mengukuhkan demokrasi di kalangan masyarakat sedang berlaku dan kami ingin menjemput pihak berkuasa untuk menghormati suara-suara tersebut.

Oleh it
u, kami telah membuat keputusan untuk menganjurkan Perhimpunan BERSIH 2.0.

Tuntutan perhimpunan tersebut adalah:
-Bersihkan senarai undi
-Mereformasikan undi pos
-Gunakan dakwat kekal
-Akses media bebas & adil
-Masa berkempen minima 21 hari
-Kukuhkan institusi awam
-Hentikan rasuah
-Hentikan politik kotor




Perhimpunan BERSIH 2.0 adalah satu inisiatif yang dipimpin oleh masyarakat madani dengan niat untuk menjemput semua rakyat dan parti-parti politik untuk bergabung kuasa untuk mempromosikan dan menegakkan demokrasi di negara ini.

T-shirt rasmi Perhimpunan BERSIH 2.0 akan dijual di acara ini
.



well event ni dinamakan sebagai BERSIH 2.0. 2.0 tu stand for version kali  kedua event ni. BERSIH ni kali pertama diadakan pada 10th of November 2007..actually ramai yang keliru dengan event ni. sebenarnya event ni bukanlah anjuran sesebuah badan politik, its organise by few NGOs..


"BERSIH 2.0 adalah satu gerakan rakyat untuk pilihan raya yang bebas dan adil. Gabungan ini tidak diwakili oleh mana-mana parti politik, malahan Jawatankuasa Pepandu juga bebas dari penglibatan ahli politik.
BERSIH 2.0 ingin memaklumkan bahawa sememangnya keputusan untuk mengadakan ‘Perhimpunan Rakyat’ telah dibuat di sewaktu satu perjumpaan bersama wakil-wakil dari beberapa kumpulan baru-baru ini. Kami menghargai minat semua yang hadir di perjumpaan tersebut di mana para hadirin telah membentuk satu jawatankuasa kecil untuk melaraskan acara ini. Pada perjumpaan tersebut, BERSIH 2.0 telah mencadangkan acara ini untuk mempromosikan demokrasi dan menuntut reformasi pilihan raya dan mengukuhkan perbadanan-perbadanan awam. Kami ingin menekankan bahawa inisiatif ini dipimpin oleh masyarakat madani dengan niat untuk menjemput semua parti-parti politik untuk bergabung kuasa dengan rakyat untuk mempromosikan dan menegakkan demokrasi di negara ini. Jemputan akan dihantar kepada semua parti-parti politik untuk menyertai usaha ini." <bersih.org>


BERSIH 2.0 terdiri daripada:
Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Zaid Kamaruddin, Dr Subramaniam Pillay and Arul Prakkash. semua ni wanted!..haha 


banyak lagi kalau nak baca kalau nak tahu. clik bwh ni
bersih.org
bm.bersih.org
twitter.com/bersih2
facebook.com/Bersih2.0
Share/Bookmark

Monday, June 13, 2011

review film MY BEST BODYGUARD



Movie: My Best Bodyguard
Director: Sirippakorn Wongchariyawat
Release Date: 21 October 2010
Distributor: Oriental Eyes / Media Asia
Language: Thai, English
Country: Thailand
Genre: action la beb
sinopsis sket:
cerita berkisar di bandar bangkok thailand,sejenis virus baru telah menyerang bandar bangkok,virus yang hampir serupa dengan bird flu kot. sorang reporter "nisya" berdegil untuk siasat sebuah company dari luar yang telah memilih thailand sebagai tempat untuk menjalankan kajian untuk membuat vaksin or antivirus untuk virus baru tersebut.

pada aku action kt movie ni ok la..tp belum sampai level yang boleh impress aku la. bnyk tembak2..sniper,best..tp part yang hampir last2 tu mcm bangang la kot..ade ke patot orang tu x digari..padahal dye tu watak paling jahat kot..

screenshot movie ni


link kalau korang nak download:

if ade prob nk download please msg me..

Share/Bookmark

wei fynn jamal jangan jatuh!!


at first aku tengok video ni..dengar lagu nie..xnampak apa2 yang special pun..maklumlah aku bkn org muzic..x blaja muzix..so xtau la ape yg bestnye performance fynn jamal ni..tp bile bace komen2 kt bawah tu..ak tengok dengar ulang..owh..gerek maa..xprasan aku

ak xtau la ape nama teknik yg fynn jamal guna nie..hah aku bukan orang musix,mana aku tau..looping & sampling kot..creative la..dye buat sampling or looping tu dalam lagu tu sendiri..kire dye cam ulang2 la..tah xtau nk cakap..yang penting lagu ni aku suka r..well..art is subjective k..

for the lyric..ok la..bole faham la mesejnye kot..bahasa agak CELAKA..haha.btol la kn?..fynn jamal memeg suka buat lagu2 camni..dulu popular dengan lagu 150 juta..tp sriesly first time aku dga lagu 150 juta yang best tu bukan dari dendangan fynn jamal..tp dari hana zatie version unplug guitar dye..yang ade membe dye menari kt blakang tu..

from this video..aku suka sentence ni "kita xperlu ada degree untuk sesuatu untuk menjadi bagus dalam sesuatua''..hah..nak dengar lagi karya minah ni just pg blog dye fynnjamal.blogspot <sila click>

perasaan yang terlalu menakutkan
perasaan yang terlalu menyeramkan
aku ditinggal di tepi jalan
aku ditinggal tanpa rakan dan taulan

celakanya perasaan ini
ku fikirkan aku bisa berdiri sendiri
terlalu percaya pada kudrat diri
sampai aku lupa yang aku tak mampu berdiri

tapi bukan sebenarnya aku ini tak mahu
bukannya aku tak mahu ditinggalkan seperti dulu
tapi aku sudah dibiasa untuk berada bersama2 kamu
celakalah engkau yang memaksa aku diajar untuk memegang tangan itu
bila dibiarkan aku sendirian--
ah, celaka.

celaka
celaka
celaka
celaka

jangan jatuh
jangan jatuh
jangan jatuh
jangan jatuh

jangan jatuh
jangan jatuh!
jangan jatuh!
jangan jatuh!

semua orang memaksa aku terjatuh2
dan aku bisikkan pada jiwa aku
yang kulit ini tak akan melepuh

ku biarkan siapa-jutanya berada di belakang telinga
ku biar saja;
aku kata aku takkan jatuh kerana dia
aku takkan jatuh semata!

semata dia
jangan jatuh-jatuh

jangan jatuh-jatuh
jangan jatuh-jatuh

jangan jatuh!


Share/Bookmark

Saturday, June 11, 2011

Antara dua garis politik |individu|kuasa|kelas|

Politik bukan hanya tentang individu. Politik ialah tentang kuasa. Perjuangan politik ialah perjuangan untuk merebut kuasa. Merebut kuasa bertujuan untuk merebut punca-punca ekonomi. Di belakang punca ekonomi ialah kelas. Perjuangan politik ialah perjuangan kelas.

Kelas dan ekonomi tidak dapat dipisahkan macam santan dengan kelapa. Setiap sosok manusia tergolung ke dalam satu kelas. Secara kasar, ada dua kelas - yang memerintah dan yang diperintah. Contohnya yang berkuasa dan yang tidak berkuasa. Yang berkuasa ialah mereka yang memiliki harta dan kekayaan. Yang tidak berkuasa ialah mereka yang tidak memiliki harta kekayaan dan golongan miskin.

Dalam sistem ekonomi kapitalis seperti dalam negara kita ini, golongan miskin adalah kaum tani, kaum nelayan dan kaum buruh. Mereka ini adalah kumpulan terbanyak. Manakala kumpulan terkaya tidak ramai. Kumpulan kaya amat sedikit. Mereka adalah kumpulan minoriti. Tetapi mereka menjadi pemilik harta kekayaan yang terbanyak. Justeru melalui harta kekayan, mereka dapat membeli kuasa.

Ini bukan tulisan propaganda. Ini hakikat, fakta sahih yang boleh dirujuk kepada Jabatan Statistik Negara. Fakta-fakta – ekonomi dan kelas ini - menjadi kabur atau sengaja dikaburkan dengan agenda agama, dengan agenda bahasa, dengan agenda kaum dan bangsa. Politik ialah agenda merebut kuasa. Period. Tamat. Agenda-agenda yang lain hanyalah alat dan taktik untuk mengolah persetujuan orang ramai untuk bangun merebut kuasa.

Justeru untuk saya, perjuangan politik untuk melupuskan kuasa kumpulan kaya yang sedikit dan mengambil alih punca-punca ekonomi yang ada dalam tangan mereka. Harta kekayaan wajib diambil kembali untuk diagih-agihkan kepada rakyat terbanyak. Ini seperti yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat telah mengambil kembali hak air dari syarikat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan memberikan secara percuma pada orang ramai.

Justeru berlaku perlawanan yang maha hebat antara Pakatan dengan gerombolan United Malays National Organisation di Selangor. Perlawanan ini ialah perlawanan untuk merebut punca ekonomi. Ini adalah perlawanan dua kelas – kelas kaya yang menindas sedang berlawan dengan rakyat. Suara orang teramai - suara rakyat - diwakili oleh Pakatan.

Hingga ke tahap ini, jika masih ada penulis dan pemberi komentar politik tidak memahami hakikat kelas dan ekonomi maka si mamat atau si minah itu wajib rajin membaca dan mentelaah. Panjangkan akal dan panjangkan ilmu. Sehingga ke hari ini memiliki akal fikrah yang kritikal masih belum dicukai lagi.

Kalau saya membawa para pembaca ke luar Malaysia, hakikat yang sama juga dapat kita lihat. Di Amerika Syarikat, Barack Obama dipilih untuk mempertahankan dan menjaga kepentingan saudagar senjata dan para taikun di Wall Street. Raja Abdulah dipilih untuk mempertahankan kepentingan gulungan feudal di Arab Saudi. Sarkozy di Perancis dipilih untuk mempetahankan kepentingan saudagar Perancis dan kaum Zionis di Perancis.

Parti borjuis kecil

Apabila tuan pembaca telah memahami asas-asas politik dan ekonomi diatas maka saya akan membawa pembaca untuk memahami apa makna dan tanda perebutan puncuk pimpinan PAS yang sedang berjalan hebat sekarang. Perlawanan hebat yang saya maksudkan ialah perebutan kerusi Timbalan Presiden PAS di antara Mohamad Sabu dengan Nasharudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Untuk saya pertandingan ini adalah perebutan kuasa. Perebutan kuasa ini ialah perjuangan kelas. Kalau kita kaji dari segi politikal ekonomi, dalam istilah politik moden parti PAS ialah parti yang mewakili kepentingan borjuis kecil Melayu. Parti yang mewakili kepentingan borjuis besar dan borjuis nasional ialah United Malay National Organisation. Justeru saya berani berkata di sini bahawa tidak mungkin Daim, Ananda, Vincent Tan atau Syed Mokhtar menjadi ahli PAS. Parti PAS tidak akan memperluaskan kepentingan ekonomi mereka.

PAS mewakili guru-guru Melayu, tok peraih, penjaja, tuan empunya warung, kontraktor kelas bawah, peneroka, nelayan, termasuk juga askar dan polis pencen. Golongan ini merasa kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka dapat dipertahankan oleh parti PAS.

Kalau PAS ini parti bojuis kecil Melayu, bagaimana pula dengan ulama dalam PAS? Biar saya terangkan di sini bahawa dari segi ekonomi para alim ulama juga memiliki kelas. Dari segi pensejarahan, penubuhan parti politik di Malaysia kita akan dapat memahami bahawa alim ulama dalam PAS ini tergolongn kepada borjuis kecil Melayu. Mereka merasa diri mereka akan dipinggirkan oleh United Malays Natioanal Organisation yang amat mesra bersekongkol dengan tauke dari MCA atau bekas penjajah British. Hujah agama ketika keluar dari payung United Malays National Organisation pada ketika itu adalah hujah terbaik untuk mempertahankan kepentingan ekonomi kelas borjuis kecil Melayu.

Justeru hari ini kita akan bertemu dengan ulama yang bekerja dengan United Malay National Organisation. Mereka ini saudagar agama yang kaya dan lumayan. Kerja mereka ialah mencari ayat-ayat dan hadis nabi untuk 'menghalalkan' apa saja dasar dan tindak tanduk United Malay National Organisation.

Dengan ini apakah Mat Sabu dan Nasarudin ini memiliki pandangan politik dan kelas yang sama kerana mereka berdua berpayung dalam parti PAS? Jawabnya tidak. Parti MCA adalah parti tauke tetapi ramai juga buruh yang menjadi ahli ini. Parti MIC ialah parti Chettiar can mandur tetapi ramai kuli estet yang menjadi ahli.

Awas dan waspada. Di dalam kumpulan borjuis kecil ini juga akan terdapat sosok-sosok yang berminat untuk menjadi borjuis besar dan borjuis nasional. Di dalam PKR juga pasti ada yang bermimpi untuk menjadi borjuis nasional. Bermimpi untuk menjadi tuan pemilik kuasa jana elektrik atau pemilik kilang gula dan beras. Ini bukan sesuatu yang mustahil.

Di tahap ini dalam politik negara kita apa yang wajib kita kenali ialah kepentingan kelas apa yang diwakili oleh Mat Sabu. Kepentingan kelas siapa pula yang diteraju oleh Nasharudin. Seperti saya tulis di atas tadi, perjuangan politik ialah perjuangan kelas. Untuk saya mustahil kedua-dua mereka ini mewakili kelas yang sama. Jika mereka dari kepentingan kelas yang sama mustahil mereka akan bertempur.

Nasharudin dikatakan dari jalur ulama. Tetapi dalam analisa politikal ekonomi, istilah ulama ini tidak memiliki apa apa makna. Ini hanyalah 'tagline' untuk menjual produk. Ulama hanya jenama yang dikenali umum. Majoriti ahli PAS adalah manusia warak yang ritual agama Islamnya terjaga rapi. Untuk para ritualis ini, jenama ulama ini cukup memyakinkan. Justeru dengan bijak Nasharuddin telah melabelkan dirinya ulama. Jenama ini amat baik untuk meraih sokongan dalam parti PAS.

Tabur racun

Dalam analisa ini bukan jenama ulama yang kita bincangkan tetapi 'calon ulama' atau yang 'bukan calon ulama' itu mewakili kelas yang mana? Ini soalan yang wajib kita terus bertanya apabila kita membaca politik. Jika kita dapat memecah persoalan kelas maka kita akan dapat memahami pertembungan politik yang sedang berlaku dihadapan mata kita.

Akhbar Utusan Malaysia dianggap suara musuh oleh PAS dan Pakatan. Kebelakangan ini, sebelum muktamar PAS berlangsung, akhbar ini tiba-tiba menyatakan rasa gembira dan senang hati jika 'kumpulan ulama' dalam Pas ini mencapai kemenangan. Malah sekali imbas kita lihat Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) – kumpulan Umno pencen – tiba-tiba berkempen untuk Nasarudin. Jelas suara United Malay National Organisation ini mahu 'tim ulama' menang dan terus berkuasa.

Beberapa tulisan dalam akhbar Utusan semuanya memperlihatkan bahawa United Malays National Organisation merasa takut jika sekiranya Mat Sabu berjaya mengalahkan Nasaruddin dan Tuan Ibrahim. Utusan kelihatan berhempas pulas menabur racun berkempen agar ahli PAS akan mengenepikan Mat Sabu.

Lalu timbul persoalan, kenapa Utusan sibuk mahu Mat Sabu kalah? Jawapan untuk soalan ini ialah kelas. Dalam pemahaman politik moden Mat Sabu ini mewakili kelas mustadhafin atau kelas tertindas. Dalam bahasa politik moden Mat Sabu ini mewakili kelas kaum proletar – kaum buruh dan kaum tani – kaum majoriti yang tertindas.

Nasharudin walau pun dalam parti PAS tetapi dilihat memiliki niat dan mimpi untuk menjadi borjuis besar - borjuis nasional. Cita-cita untuk menjadi borjuis nasional ini hanya akan termakbul jika sekiranya PAS dan United Malay National Organisation dapat bersatu dan bekerjasama dalam satu perserikatan yang baru. Penyatuan ini di bawah lambang perpaduan Melayu.

Justeru pertembungan Mat Sabu, Nasarudin dan Tuan Ibrahim ini memiliki implikasi yang amat jauh merentas markas tarbiah PAS di Gombak. Kemenangan Mat Sabu akan membuka satu garis baru dalam PAS. Garis ini ialah garis memperjuangan golongan tertindas. Jangan lupa Mat Sabu ini pernah menimbulkan isu padi kunca di Kedah di mana tuan tuan pemilik tanah sawah yang luas merasa tergugat.

Tuan-tuan tanah ini ada yang menyokong PAS. Lalu mereka merasa marah kerana kain sarong topeng agama mereka telah diselak terbuka oleh Mat Sabu. Manakala Nasarudin tidak memiliki apa-apa budaya politik melawan. Malah Nasarudin ini didakwa sedia bersekongkol dengan United Malay National Organisation. Manakala Tuan Ibrahim mencelah bertanding untuk memastikan garis musthadafin yang dibawa oleh Mat Sabu dikuburkan.

Dari sini amat jelas menunjukkan bahawa kepentingan kelas melintasi kepentingan parti politik. Ini samalah seperti United Malay National Organisation yang melaungkan ketuanan Melayu tetapi akan sedia berkerjasama dengan para cukong dari MCA atau MIC untuk kepentingan kelas mereka.

Pasti ada sosok-sosok dalam Pas yang bersedia berkerjasama dengan United Malays National Organisation untuk memastikan – Insya-Allah – mimpi mereka untuk menjadi borjuis nasional termakbul. Juga memastikan kepentingan ekonomi mereka dipertahankan dan dikembangkan. Jangan pula hairan jika saya katakan hari ini sosok-sosok jenis Nasarudin ini juga ada dalam PKR dan DAP. Cuma ketika ini suasana politik tanah air kita belum memberanikan mereka menunjukkan muka.

Jelas di sini United Malay National Organisation mahu garis Mat Sabu dikalahkan. Tetapi semuanya terpulang kepada ahli PAS sendiri. Mereka yang membuat keputusan untuk memilih di antara dua garis politik ini. Politik kuasa orang kaya di satu pihak dan politik kaum buruh dan kaum tertindas di satu pihak lagi. 

Hishamuddin Rais
Jun 3, 11
12:50am

Share/Bookmark