Jika kemalangan tanpa melibatkan pihak lain.
- Jika kemalangan melibat diri sendiri sahaja, apabila mengaku punca kemalangan adalah daripada diri sendiri, seperti mengantuk, menggunakan telefon dan sebagainya, akan membawa kepada implikasi saman.
- Apa pun ia atas budi bicara polis untuk menentukannya.
- Maka, buatlah sebaik mungkin, berbudi bahasa, bersopan santun, beperkerti mulia untuk mengambil hati polis.
- Sekiranya pegawai yang bertugas menganggap kemalangan tersebut disebabkan kecuaian diri sendiri, saman polis akan dikeluarkan sebanyak RM 300.
- Awas, jangan rasuah, mereka anti-rasuah!
Jika kemalangan melibatkan dua atau lebih pihak
- Jika dua kenderaan, selalunya pegawai polis akan memutuskan bahawa kenderaan di hadapan sebagai "yang dilanggar" dan kenderaan di belakang sebagai "yang melanggar", kecuali dibuktikan sebaliknya.
- Maka, dalam keadaan ini maka kenderaan di belakang akan disaman kerana "bersalah" melanggar kenderaan hadapan.
- Selain itu, apabila kemalangan melibatkan kenderaan yang berbeza saiz; contohnya kereta dengan lori, motor dengan kereta, maka yang "bersalah" adalah kenderaan yang lebih besar, kecuali dibuktikan sebaliknya.
- Situasi lain; jika ia melibatkan kenderaan dengan pejalan kaki, pemilik kenderaan akan didapati "bersalah", kecuali dibuktikan sebaliknya.
- Maka, "pihak yang bersalah" akan dikenakan saman sebanyak RM 300, dan sekiranya gagal, nama anada akan disenaraihitamkan.
- Akhir sekali, jangan sekali-kali mengingkari untuk menerima saman polis, kerana ia akan menyebabkan disaman dua kali atas dua kesalahan. Maknanya RM 300 x 2 = RM 600!
0 comments:
Post a Comment