sebelum tanah melayu mencapai kemerdekaan, Tanah melayu adalah satu kawasan yg dipecahkan mengikut negeri masing-masing.Johor,Kedah,dan melaka adalah sebuah empayar yang berbeza dan diketui oleh raja masing-masing. untuk mencapai kemerdekaan, raja-raja Melayu telah dipujuk untuk menyerahkan kuasa mutlak mereka terhadap negeri mereka dan bergabung dengan negeri-negeri lain untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Bagi raja-raja, bergabung dengan negeri-negeri lain adalah sesuatu yang agak berat dilakukan. hal ini kerana Baginda telah lama memerintah sesebuah negeri tersebut. sehinggakan ada yang 10 keturunan dan 18 keturunan. oleh sebab itu, sebagai satu jaminan kepada Raja-Raja Melayu, 7 wasiat telah sepakat dibentuk bagi memastikan kuasa mereka kekal,kewujudan bangsa Melayu diiktiraf dan terjamin dan Tanah Melayu yang dicintai ini terpelihara dari anasir-anasir jahat.
7 wasiat Raja-Raja Melayu:
1. kami namakan dan panggil dia,bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU(sekarang dikenali MALAYSIA)
2. kami istiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu istiharkan dan simpan untuk anak cucu kami,selain gunung-ganang,tasik dan hutan simpan,tanah simpanan melayu sehingga nisbah 50%,selebihnya berebutlah bersama kaum lain.
3. bagi menjaga kamu dan anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU(RAMD) selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
4. kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
5. kami istiharkan ISLAM sebagai agama rasmi Persekutuan
6. kami tetapkan bahasa kebangsaan adalah BAHASA MELAYU.
7. kami amanahkan dan pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain.(ditambah kedudukan keistimewaan anak negeri sabah dan sarawak)
Secara lebih jelas, fasal-fasal terbabit dalam perlembagaan persekutuan ialah Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1), yang memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.
Wasiat ini disampaikan ketika raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.

0 comments:
Post a Comment