This is a nice opportunity for you to show off your work using this amazing, clean and minimalistic template for blogger!

Friday, December 10, 2010

Dr Burhanuddin Al-Helmi



Dr Burhanuddin adalah antara orang-orang kuat dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada 17 Oktober 1945. Antara tokoh-tokoh penting yang lain dalam PKMM ialah Pak Sako, Mokhtaruddin Lasso, dan Ahmad Boestaman. PKMM adalah parti kedua di Tanah Melayu yang memperjuangkan nasib orang-orang Melayu. Parti pertama adalah Kesatuan Melayu Muda, KMM yang ditubuhkan pada tahun 1938. Sesetengah orang salah faham dengan menganggap UMNO adalah parti pertama yang membela nasib bangsa Melayu. Padahal begitu banyak lagi parti-parti Melayu sebelum UMNO seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA), dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS) yang menjadi sayap utama kepada PKMM.


Dr burhanuddin adalah orang pertama yang menyeru bangsa Melayu untuk bersatu,idea ini kemudiannya ditiru oleh Onn Jaafar yang menubuhkan UMNO pada 1946. setahun selepas ucapan keramat Dr Burhanuddin di kongress PKMM.


sewaktu UMNO melaungkan "HIDUP MELAYU"..beliau dan part-parti lain telah lama melaungkan "MERDEKA"..namun ini semua telah ditutup oleh lembaran sejarah yang direka..direka oleh mereka yang berkuasa..bak pepatah "history written by the victors"..tapi tak semua sejarah boleh ditipu,tidak semua sejarah boleh dilupakan.


Beliau digambarkan sebagai seorang "nasionalis radikal dan pemikir Islam". Kepemimpinannya tamat apabila beliau ditangkapa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1965, dan selanjutnya dipenjara selama satu tahun atas tuduhan berkomplot untuk menggulingkan kerajaan Malaysia dan memasang sebuah kerajaan pengganti yang lebih ramah kepada Indonesia


Burhanuddin meninggal dunia pada tanggal 10 Oktober 1969 akibat penyakit lelah dan juga kesan seksaan yang beliau terima semasa dalam tahanan ISA (Ikut Suka Aku).




"diatas robohan kota Melaka,
kita dirikan jiwa merdeka,
bersatulah Melayu seluruh baka,
membela hak keadilan pusaka."


*Dr Burhanuddin Al-Helmi,kongres PKMM,1945.


klik dibawah untuk download lagu tribute to dr Burhanuddin nyanyian Black
burhanuddin al-helmi-black
Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment